Video: Proses pemasangan Honda Civic Type R 2023 FL5 di Jepun, jentera abadi lambang 'H'!
Faisal ยท Oct 23, 2022 06:00 PM
0
0
Setelah 10 tahun, produksi Honda Civic Type R nampaknya telah kembali di Jepun.
Untuk pengetahuan anda, model FD2 terdahulu adalah generasi Type R terakhir yang dipasang di Jepun. Model Pewarisnya seperti FK2 dan FK8 pula dipasang di kilang Honda di Swindon, UK tetapi pusat pemasangan tersebut sudahpun ditutup.
Kini, produksi Civic Type R sudah kembali di Jepun melalui generasi FL5. Baru-baru ini, Honda telah mengeluarkan satu video yang memperlihatkan produksi hatchback berprestasi tinggi ini.
Apapun, Jepun bukanlah satu-satunya kilang yang memasang Civic Type R FL5 kerana model itu mungkin dipasang di China juga oleh Dongfeng Honda.
Secara teknikal, Civic Type R FL5 kekal dengan nadi 2.0L turbo tetapi kali ini ia menghembuskan sehingga 330 PS dan 420 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi manual 6 kelajuan.
Untuk Malaysia, pelancaran model FL5 sudahpun disahkan cumanya tarikh dan masanya belum lagi ditentukan. Sebelum ini, model FK8 ditawarkan pada harga RM 330k.
Di Jepun sendiri, harga Civic Type R FL5 naik 5%. Jadi, kalau ikut kiraan sama, harga di pasaran kita nanti mungkin dalam julat RM 350k. Ketibaannya pula dijangka pada akhir tahun 2023.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.