window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k!

Khairil ยท Oct 25, 2022 04:00 PM

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 01

CFMoto sempena Grand Prix (GP) Malaysia 2022, baru-baru ini tampil menayangkan penawaran terbaharunya yang juga antara model paling dinantikan di pasaran tempatan iaitu jentera 'Sportbike' berprestasi, CFMoto 450SR (2023).

Dilancarkan secara rasmi di pasaran China pada April lalu, harga yang ditawarkan oleh CFMoto Malaysia untuk CFMoto 450SR (2023) adalah RM 29,300 (asas).

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, kepada yang berminat, anda perlu menunggu sedikit masa kerana menurut CFMoto, sekalipun tempahan sudah pun dibuka, motosikal berkenaan dijadual tiba di bilik pameran pengedar pada suku pertama tahun depan.

Juga baca: CFMoto 450SR 2022 hampiri pelancaran, enjin 'parallel-twin', 49.6 Hp, tork 39 Nm!

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 01

Tiba sebagai model konsep di pameran berprestij EICMA, CFMoto 450SR sememangnya tampil dengan rekaan yang boleh mencetus kagum malah tidak salah menyatakan mampu menandingi model-model dari Jepun mahupun Eropah.

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 02

Apa yang menarik dan unik, ia turut dipadankan dengan 'Winglet' ala MotoGP dan menurut CFMoto, ia bukan sekadar kosmetik, namun turut mempunyai fungsi tersendiri.

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 03

Di bahagian trenkuasa, CFMoto 450SR dijana enjin bersesaran 449 cc, Parallel Twin, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 04

Kuasa yang dihamburkan adalah 50 Hp pada 9,500 rpm dan tork 39 Nm pada 7,600 rpm.

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 05

Selain trenkuasa dan reka bentuk yang 'padu', CFMoto 450SR turut dipadankan dengan pelbagai komponen premium antaranya penggunaan fork depan jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang).

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 06

Sistem brek, sekalipun tidak menggunakan cakera berkembar (depan), ia menggunakan kaliper daripada jenama Brembo 4 piston yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek cakera tunggal (belakang).

Juga baca: Pelancaran CFMoto 700CL-X di Malaysia pada November, harga asas RM 28.8k!

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 07

Informasi lain adalah seperti penggunakan panel meter digital penuh berwarna, tangki bahan api berkapasiti 14 liter, ketinggian pelana 795 mm dan berat kering 168 kg.

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 08

Sumber imej: Tr Motorworld

Pilihan warna yang ditawarkan adalah dua iaitu: 

  • Nebula Black
  • Zircon Black

CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k! 09

Sumber imej: Tr Motorworld

Lebih menarik, CFMoto mendakwa 450SR ini mampu mencapai kelajuan maksimum 190 km/j. Kepada yang berminat, jaminan yang diberikan oleh CFMoto Malaysia juga menarik iaitu 2 tahun tanpa had perbatuan.

Juga baca: CFMoto SR Vision Concept, Sportbike 'berkuasa tinggi' dengan rekaan agresif, futuristik dipertontonkan!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda