window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k!

Khairil ยท Oct 27, 2022 11:00 AM

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 01

Selepas lebih setahun membuat debut di pasaran tempatan, 'Supermoped' hangat Yamaha Y16ZR akhirnya diberikan kemas kini kosmetik untuk versi 2022.

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 02

Flaming Silver

Kemas kini yang diberikan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) itu adalah membabitkan pilihan warna baharu yang katanya lebih menarik, segar dan eksklusif.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 01

Glacier White 

Tiga pilihan warna baharu itu adalah:

  • Glacier White 
  • Phantom Neon 
  • Flaming Silver

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 02

Phantom Neon 

Tetapi selaras dengan kemas kini yang dibuat, perubahan turut berlaku di bahagian angka harga.

Ketika dilancarkan, Yamaha Y16ZR dijual pada harga RM 10,888 (asas) dan harga baharunya kini adalah RM 11,118 (asas) yang bermakna tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Juga baca: Yamaha Y16ZR Doxou Edition eksklusif di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga RM 11.7k!

 

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 03

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 04

Mengulas ringkas trenkuasa Yamaha Y16ZR, ia menggunakan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan teknologi VVA yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 05

Kuasa yang dihamburkan adalah 17.7 Hp pada  9,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm.

Yamaha Y16ZR (2022) dapat warna baharu, 3 pilihan, harga asas kini RM 11.1k! 06

Seperti biasa, setiap pembelian akan menerima kunci keselamatan cakera eksklusif Yamaha bernilai RM 100. Kepada yang berminat, Yamaha Y16ZR 2022 dengan warna baharu sudah berada di rangkaian pengedar Yamaha seluruh Malaysia hari ini.

Juga baca: Yamaha Y16ZR Edisi World GP 60th Anniversary lancar di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga asas RM 11.7k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda