Kereta Jerman terpakai - "Mercedes-Benz lagi tahan daripada BMW", kekal fakta atau dah mitos?
Faisal · Oct 30, 2022 04:00 PM
Kalau anda perasan, jenama kereta selalu dikaitkan antara dua. Contohnya seperti Proton dan Perodua ataupun Honda dan Toyota. Untuk mereka yang ada bajet lebih pula, jenama seperti BMW dan Mercedes-Benz sering menjadi pilihan mutlak.
Kebiasaannya, jenama BMW sinonim untuk mereka yang gemar memandu.
BMW mendahului Mercedes-Benz? Kredit: MotorMavens.
Pesaing terdekatnya, Mercedes-Benz pula dengan reputasi kejuruteraan yang tinggi. Katanya, “Dijuruterakan lain daripada yang lain”. Disebabkan itulah pemandu-pemandu teksi di seluruh dunia percaya dengan jentera Mercedes-Benz. Begitu juga dengan tauke-tauke bijih timah di Ipoh suatu ketika dahulu.
BMW lebih pantas di litar, tapi tiada satu pun boleh tahan rali 30,000 km dari London-Sydney macam E280 W123 280E buat pada tahun 1977.
Apapun, pernah tak anda dengar orang cakap “BMW lagi best tapi Mercedes-Benz lagi tahan”? Kalau anda nak tahu, ramai masih berpegang dengan pendapat ini walaupun kedua-duanya sama dari teknikal yang mana enjin 2.0L turbo sudah menjadi nadi utama.
Selama ini, kami telah banyak membuat panduan berkenaan kereta terpakai. Antaranya seperti BMW 1 Series, 3 Series F30, 5 Series F10, A-Class W176, CLA C117, C-Class W205 dan E-Class W212. Model hibrid plug-in seperti 330e juga kami sudah perincikan dan apa yang kami boleh rumuskan adalah tiada istilah BMW atau Mercedes-Benz yang bebas masalah.
2018 BMW 1 18I M SPORT 1.5
RM 134,000
RM 1,406
/bulan
43,153 km
5 years
Petaling Jaya
2016 BMW 1 18I 1.5
RM 92,800
RM 974
/bulan
74,214 km
7 years
Petaling Jaya
2016 BMW 1 18I 1.5
RM 93,200
RM 978
/bulan
59,799 km
6.5 years
Bayan Lepas
Secara lahiriahnya, kereta-kereta premium buatan Jerman adalah kompleks. Berbanding dengan Toyota Camry, menjaganya akan memakan lebih kos.
BMW lagi cepat rosak daripada Mercedes-Benz? Tidak lagi untuk tahun 2022
Tahun 80-an dan 90-an, perkara ini mungkin benar kerana BMW pada era itu agak teruk dalam bab jangka hayat. Sebagai contoh, C-Class W201 atau E-Class W124 memang lagi tahan daripada BMW 3 Series E30/E36 atau 5 Series E34/E39. Bukan setakat isu mekanikal, malah badan model BMW dulu-dulu juga cepat karat berbanding jenis besi yang diguna oleh Mercedes-Benz.
2015 BMW 5 20I 2.0
RM 118,400
RM 1,242
/bulan
85,714 km
7.5 years
Petaling Jaya
2018 BMW 5 30E 2.0
RM 200,400
RM 2,229
/bulan
48,221 km
5 years
Petaling Jaya
2017 BMW 5 30I M SPORT (CKD) 2.0
RM 221,100
RM 2,517
/bulan
81,944 km
5.5 years
Bayan Lepas
E-Class W124 antara era Mercedes-Benz yang mempunyai jangka hayat cemerlang.
Tetapi itu dahulu. Sekarang pula lain cerita kerana mutu binaan BMW sekarang jauh lebih elok.
3 Series F30 model facelift iaitu LCI antara jentera BMW paling tiada masalah.
BMW 3 Series F30, terutama versi facelift yang pakai enjin B48 sebagai contoh merupakan antara kereta Jerman paling tahan pernah dicipta.
2017 BMW 3 30E 2.0
RM 140,000
RM 1,534
/bulan
75,591 km
6 years
Kuala Lumpur
2015 BMW 3 20I 2.0
RM 116,800
RM 1,280
/bulan
89,376 km
8 years
Kuala Lumpur
2015 BMW 3 16I (CKD) 1.6
RM 94,000
RM 1,030
/bulan
104,736 km
8 years
Petaling Jaya
Model sebelum facelift yang bernadikan enjin N20 pun tidak berapa menyakitkan kepala. Isu umum seperti kebocoran minyak dan kegagalan pam air pun hanya memakan beberapa ribu sahaja (padanlah dengan usianya). Kalau berlaku pun selepas 100,000 km.
Mercedes-Benz pula kalaulah mereka kekal mengambil masa 8 tahun (E-Class W123 pada tahun 70-an) untuk membangunkan sebuah model, iaitu meluangkan banyak masa dan wang untuk menjuruterakannya, syarikat ini pasti sudah lingkup pada hari ini.
2019 Mercedes-Benz A 200 1.3
RM 186,800
RM 1,960
/bulan
19,475 km
3.5 years
Petaling Jaya
2015 Mercedes-Benz A 200 1.6
RM 110,800
RM 1,163
/bulan
33,738 km
8 years
Kuala Lumpur
2017 Mercedes-Benz A 250 SPORT PACK 2.0
RM 163,000
RM 1,840
/bulan
23,379 km
5.5 years
Kuala Lumpur
Dulu, pembangunan yang lama adalah satu kehebatan tetapi sekarang, ia dianggap sebagai kurang cekap. Standard kini adalah 2 tahun pembangunan dan 5 tahun jualan sebelum ia diganti dengan generasi baru. Imej: Ong Kheng Hiat.
Untuk makluman anda, Mercedes-Benz zaman sekarang sama juga macam BMW yang mana banyak komponen tidak lagi dibangunkan oleh mereka sendiri. Hal ini kerana mengambil terus dari Bosch atau Continental sebenarnya jauh lebih cepat dan menjimatkan kos.
2017 Mercedes-Benz CLA 200 (CBU) 1.6
RM 173,900
RM 1,906
/bulan
17,817 km
5.5 years
Melaka
2017 Mercedes-Benz CLA 200 (CBU) 1.6
RM 172,900
RM 1,895
/bulan
72,778 km
6 years
Kuala Lumpur
2017 Mercedes-Benz CLA 200 AMG 1.6
RM 187,900
RM 2,059
/bulan
40,535 km
6 years
Kuala Lumpur
Kalau anda nak tahu, pelanggan sekarang mahukan teknologi yang terkini. Jadi, agak susah untuk ikut rentak permintaan semasa kalau semua komponen dibangunkan secara sendiri.
Bermula dengan 5 Series generasi E39 pada pertengahan 90-an pula, BMW betul-betul meletakkan fokus pada kualiti. Papan pemukanya tidak lagi retak dan badannya sukar untuk karat. Enjinnya juga tidak cerewet macam model-model terdahulunya.
Berbanding E-Class W210 yang mana ia merupakan era Mercedes-Benz yang paling tidak berkualiti, jurang antara kedua-dua jenama ini tidak lagi ada. Dan sejak dari itu, kedua-dua jenama kekal berusaha untuk meningkatkan mutu produk mereka.
2016 Mercedes-Benz C 250 AMG 2.0
RM 165,000
RM 1,827
/bulan
64,154 km
7.5 years
Petaling Jaya
2016 Mercedes-Benz C 200 (CKD) 2.0
RM 154,800
RM 1,624
/bulan
44,163 km
7 years
Kuala Lumpur
2013 Mercedes-Benz C 200 1.8
RM 78,900
RM 828
/bulan
64,907 km
9.5 years
Kuala Lumpur
Jadi, adakah Mercedes-Benz makin tidak tahan? Tak juga. Sama seperti kereta moden yang lain, ia sememangnya lebih tahan daripada sebelumnya tetapi ada hadnya.
Untuk pengetahuan anda, kereta hari ini jauh lebih kompleks tetapi ia lebih selamat dan selang servisnya pun lebih lama iaitu setiap 15,000 km/1 tahun. Selagi anda tidak berjimat untuk menyelenggaranya, ia pasti akan tahan lama, sekurang-kurangnya dalam tempoh 15 tahun/250,000 km.
Kalau anda nak tahu, hasil membuat kereta yang tahan lama akan ada dua sahaja iaitu harga lebih mahal atau ciri lagi kurang. Pelanggan sememangnya mahukan produk yang mempunyai jangka hayat panjang tetapi tak ramai yang sanggup beli.
Skrin besar, teknologi canggih dan rim lebih seksi terbukti lebih menarik poket mereka berbanding produk yang bosan tapi tahan lebih lama.
BMW dan Mercedes-Benz sebenarnya cukup tahan tapi ia bukan model yang selalu rakyat Malaysia beli
Tahukah anda bahawa model yang paling tahan buat BMW dan Mercedes-Benz adalah unit yang menggunakan enjin diesel?
Sudah menjadi kebiasaan kalau F30 320d mencapai lebih 250,000 km tanpa sebarang masalah.
Lebih separuh daripada kereta penumpang yang dijual di Eropah sebenarnya adalah diesel. Enjin diesel kiranya permata mereka dan mereka tidak boleh mengecewakan langsung rakyat di sana, terutama pemandu teksi di negara Jerman sendiri yang mana mereka cukup cerewet.
Senang kata, BMW atau Mercedes-Benz yang berenjin diesel memang setahan Toyota dan di sana, banyak teksi E-Class yang telah mencecah lebih 500,000 km.
2017 Mercedes-Benz E 350 E AMG (CKD) 2.0
RM 223,000
RM 2,444
/bulan
1,283 km
4.5 years
Kuala Lumpur
2016 Mercedes-Benz E 200 2.0
RM 182,800
RM 2,003
/bulan
99,432 km
6.5 years
Kuala Lumpur
2016 Mercedes-Benz E 200 2.0
RM 185,900
RM 2,037
/bulan
63,034 km
6 years
Petaling Jaya
Malangnya di negara kita, enjin diesel yang dimaksudkan ini memerlukan bahan api diesel bersulfur rendah (dan cecair AdBlue yang mahal untuk ekzos).
Walaupun Malaysia dah mula pakai diesel Euro 5, ia sudah terlambat kerana kedua-dua jenama sudah tidak berminat untuk berbelanja dalam mempromosikan enjin diesel mereka. Lagi menyedihkan adalah enjin diesel takkan kekal lama dalam industri mereka kerana dalam piawaian pelepasan Euro 6, ia tidak berapa nak ada tempat.
Kalau anda perhati, kedua-dua jenama Jerman ini sedang dalam proses transisi ke arah kenderaan elektrik. Enjin diesel sememangnya sudah tiada dalam agenda mereka.
Satu lagi, minyak kelapa sawit biodiesel B10 yang ada di Malaysia juga tetap tidak sesuai dengan enjin diesel Eropah. Malah, tiada satu pun pengeluar kereta Jerman yang memberitahu bahawa waranti kereta yang pakai lebih tinggi dari biodiesel B7 (standard sekarang buat diesel Euro 5) akan kekal.
Jadi, patutkah anda beli kereta Jerman diesel terpakai dan elak varian petrol?
Enjin petrol Jerman adalah terbaik kalau kapasitinya besar.
Kalau diikutkan balik, tidak adil untuk cakap bahawa enjin petrol buatan Jerman tidak tahan kerana jenis 6-silinder sememangnya ada rekod yang baik.
Sebenarnya, pembeli harus faham seandainya mereka membeli BMW atau Mercedes-Benz terpakai yang menggunakan enjin 4 silinder, unit itu bukanlah keutamaan orang Jerman.
Untuk makluman anda, keutamaan mereka yang pertama adalah diesel yang jimat minyak dan tidak membebankan kos untuk rakyat jelata. Kemudiannya enjin petrol kapasiti besar yang berprestasi tinggi untuk peminat tegar. Yang terakhirnya barulah enjin petrol 4 silinder untuk mereka yang tidak boleh terima kedua-dua pilihan di atas.
Disebabkan inilah kenapa orang Eropah tidak pernah faham kalau orang Asia boleh fikir bahawa kereta Eropah kurang tahan berbanding kereta Jepun.
Ada berita baik, diesel sudah tiada pembangunan, enjin petrol mereka sudah cukup tahan
Percaya tak percaya, enjin petrol BMW dan Mercedes-Benz sekarang dah cukup tahan. Enjin B48 BMW misalnya adalah yang paling tahan pernah BMW buat. Begitu juga dengan enjin hibrid sederhana M254 Mercedes-Benz.
Untuk kereta Jerman generasi baru, enjin petrol/hibrid lebih diutamakan berbanding diesel. Jadi, ia sangatlah tahan.
Selepas skandal Dieselgate melanda industri automotif Eropah, permintaan buat enjin diesel di sana sudah jatuh kaw-kaw.
Perkara ini menyebabkan mereka bertukar keutamaan kepada enjin petrol 4 silinder. Inilah sebabnya kenapa enjin 4 silinder turbo dari Mercedes-Benz dan BMW begitu hebat.
BMW atau Mercedes-Benz, beli apa yang anda suka dan jaga
Konklusinya, kenyataan bahawa Mercedes-Benz lagi tahan daripada BMW sudah tidak lagi benar. Senang cerita, mereka berdua sekarang lebih kurang sama sahaja.
Tetapi kalau anda hendak beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai sebelum tahun 2010 yang mudah untuk dijaga macam Toyota, cari model 6 silinder atau enjin diesel seperti BMW 320d, 520d atau X1 xDrive20d.
2017 BMW X1 SDRIVE20I (CKD) 2.0
RM 129,300
RM 1,417
/bulan
65,948 km
6.5 years
Kuala Lumpur
2019 BMW X1 SDRIVE20I (CKD) 2.0
RM 171,900
RM 1,884
/bulan
50,973 km
4 years
Kuantan
2017 BMW X1 SDRIVE20I (CKD) 2.0
RM 129,400
RM 1,418
/bulan
50,919 km
6 years
Petaling Jaya
Apapun, diesel bukanlah untuk semua orang walaupun ia luar biasa menjimatkan minyak.
Di Eropah, harga petrol adalah mahal. Disebabkan itulah diesel menjadi pilihan, sampailah skandal Dieselgate dikantoikan.
Kalau anda tidak duduk di kondominium atau pangsapuri, anda mungkin akan perasan kesan hitam atau bau diesel setiap kali enjin dihidupkan walaupun pintu atau tingkap sudah ditutup rapat.
Disebabkan inilah kereta diesel yang dijual di Eropah ada penapis zarah diesel dan rawatan pelepasan ekzos AdBlue – kedua-dua ini digugurkan dari kereta diesel Eropah yang dijual di Malaysia supaya boleh masuk dengan minyak diesel gred rendah sebelum zaman Euro 5 sekarang.
Enjin petrol Jerman pula bagaimana? Kuncinya adalah disiplin penjagaan. Jadi, anda kiranya perlu belajar sedikit. Mekanik rambang tidak akan tahu apa yang sudah sampai masa. Disebabkan inilah pentingnya untuk anda pilih bengkel yang bertauliah.
Untuk anda yang berminat, Carsome ada banyak BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class terpakai yang berkualiti tinggi. Malah, pembeli juga akan mendapat waranti trenkuasa selama 1 tahun dan jaminan pulangan wang selama 5 hari. Akhir kata, selamat memilih.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen