MIROS memperkenalkan penilai CamScore untuk dashcam kereta, 70mai terbaik di Malaysia!
Faisal · Nov 3, 2022 03:00 PM
Dengan lambakan jenis dashcam kereta yang ada di pasaran kita sekarang, Malaysian Institute of Road Safery Research (MIROS) bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memperkenalkan sistem penilaian CamScore. Dashcam Safety Score Card yang menerapkan skor maksimum 5.00 ini bertujuan untuk memudahkan pengguna memilih dashcam terbaik.
Antara aspek yang dinilai adalah dari segi Advanced Driver Assistance System (ADAS). Setakat ini, sebanyak 40 dashcam dari pelbagai jenama telahpun dinilai dan yang paling banyak mendapat penarafan 5 bintang adalah 70mai iaitu dengan purata skor atas 4.5.
Secara tidak langsung, jenama dashcam terbaik di Malaysia adalah dari 70mai. Kiranya, ia betul-betul diiktiraf oleh MIROS yang mana dalam 5 tangga teratas, ada 3 model dari jenama 70mai.
Jadi, untuk anda yang hendak mencari dashcam kenderaan, senarai rasmi dari MIROS ini boleh menjadi rujukan terbaik. Apapun, kedudukan yang mereka lampirkan ini adalah berdasarkan model semasa dan ia mungkin berubah pada masa akan datang kerana model baharu pasti akan tiba.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen