window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia?

Haris · Nov 12, 2022 08:00 PM

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 01

Honda WR-V kini memegang tampuk sebagai SUV terkecil terbaharu daripada Honda. Diposisikan di bawah Honda HR-V, SUV kompak ini membuat debut globalnya awal minggu ini di Indonesia. Honda Malaysia masih belum mengesahkan sama ada Honda WR-V akan dilancarkan di sini justeru masih terlalu awal untuk berspekulasi.

Namun apa kata kita tinjau dulu Honda WR-V ini untuk melihat kesesuaiannya bagi pasaran Malaysia.

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda WR-V ialah produk yang dibangunkan untuk pasaran serantau, dengan pembangunan yang berpusat di Thailand oleh Honda R&D Asia Pasifik, di mana staf dari Honda Indonesia menyumbang sebahagian besar daripada projek itu.

Hal ini bermakna bahawa Honda WR-V mempunyai peluang yang sama seperti Honda BR-V untuk dijual di pasaran Asia Tenggara. Malah, kedua-duanya turut berkongsi platform yang sama dan ini akan memudahkan proses pemasangan tempatan.

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 01

Ketua projek Honda WR-V, berdasarkan hierarki Honda membawa gelaran Large Project Leader (LPL) ialah seorang wanita yang berasal dari Thailand - Miss Poychat Ua-arayaporn. Menurut sumber yang berkongsi dengan Wapcar.my, beliau adalah LPL wanita pertama yang menerajui pembangunan model utama Honda.

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 02

Beliau menjelaskan bahawa kajian pasaran untuk SUV kecil baharu bermula 5 tahun lalu, memfokuskan kepada golongan muda Indonesia yang ingin membeli hatchback / SUV kecil pertama sebelum menaik taraf kepada SUV bersaiz sederhana / besar. Pasukan pembangunan menggunakan tema "My urban free-styler" sepanjang proses kajian.

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 03

Untuk mengekalkan kos yang rendah, pasukan pembangunan Thai-Indo menghasilkan Honda WR-V dengan komponen yang dikongsikan, antaranya; platform Honda BR-V generasi kedua / Honda Amaze generasi kedua, perincian dalaman yang dikongsikan dengan model Honda tersebut termasuk stereng yang diambil daripada Honda Civic generasi FC.

Baca: 2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba!

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 04

Harg juga memainkan aspek kajian yang besar kerana harga Honda WR-V dilihat untuk bersaing terus dengan Daihatsu Rocky / Toyota Raize / Perodua Ativa di pasaran Asia Tenggara. Sebagai contoh, berikut ialah harga Honda WR-V dan perhatikan harga ini dengan harga trio tersebut:

  • Honda WR-V 1.5 E – IDR 271.9 juta (~RM 82.5k)
  • Honda WR-V 1.5 RS – IDR 289.9 juta (~RM 88k)
  • Honda WR-V 1.5 RS + Honda Sensing – IDR 309.9 juta (~RM 94k)

 

Harga Honda WR-V RS agak kompetitif dengan Rocky/Raize spesifikasi tertinggi di Indonesia varian teratas sekitar IDR 283 juta (~RM 86k).

Adakah ia akan menyusul ke Malaysia?

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 05

Honda WR-V sememangnya masih belum disahkan untuk pasaran Malaysia. Namun, berdasarkan kesesuaian yang dinyatakan tadi, adalah suatu peluang yang dipersia-siakan sekiranya Honda WR-V tidak menyusul ke sini - lebih lagi apabila ia merupakan model pembangunan serantau.

Baca: Honda BR-V generasi kedua / Honda WR-V bakal menjadi produk kilang Honda di Indonesia?

Jangkaan kami adalah Honda Malaysia mungkin akan mengumumkan pengesahan terhadap model ini seawal tahun hadapan, sekurang-kurangnya selepas pelancaran Honda BR-V baharu di Malaysia pada tahun 2023.

Projek pemasangan tempatan pula memberi petunjuk bahawa separuh kedua tahun 2023 adalah tempoh yang sesuai untuk pengenalan Honda WR-V di Malaysia.

Harga Honda WR-V di Malaysia

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 06

Harga untuk Honda WR-V adalah 10 peratus lebih murah daripada Honda BR-V di Indonesia, dan kedua-dua model tertakluk di bawah cukai yang sama. Indonesia telah membatalkan cukai keutamaan untuk model kenderaan 7-tempat duduk dan sebaliknya mengaplikasikan cukai berasaskan CO2, menjadikannya lebih sejajar dengan negara maju.

Prebiu Honda WR-V: lebih berkuasa drpd Ativa, harga bawah RM 90k sesuai untuk Malaysia? 07

Di Malaysia, keadaan agak berbeza. Honda BR-V generasi pertama sekarang berharga daripada RM 90,700 (1.5 E) hingga RM 97,700 (1.5 V). Ia dikenakan cukai sebagai SUV, bermakna duti eksais 75 peratus dikenakan sebelum rebat untuk kegunaan kandungan tempatan diberikan.

Menariknya, harga Honda BR-V dijangka akan meningkat dan varian teratas mungkin melepasi paras harga RM 100k. Justeru ia meninggalkan ruang kosong pada julat harga RM 90k - RM 100k yang sesuai diisi oleh Honda WR-V.

Adakah ia mampu menarik pelanggan muda di Malaysia? Honda WR-V menawarkan lebih kuasa berbanding pesaing terdekat Perodua Ativa justeru kita tunggu bagaimana penerimaan pelanggan mengenai SUV baharu ini kelak.

Baca: Khabar angin: Honda BR-V ‘mini’ dirancang untuk separuh kedua 2022, bakal guna nama WR-V?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda