window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia!

Khairil · Nov 13, 2022 06:00 PM

WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia! 01

Ducati menerusi pelumbanya, Alvaro Bautista melengkapkan kempen gemilang pada musim ini selepas mengesahkan gelaran dunia Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2022 di Litar Mandalika, Indonesia, hari ini.

Kejayaan itu turut menyaksikan Ducati membolot kedua-dua kejuaraan elit perlumbaan dua roda yang ditawarkan pada musim ini selepas turut menjuarai kempen MotoGP, kejayaan sama yang dilakar Yamaha pada musim lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia! 01

Alvaro Bautista

Untuk pelumba bintang Yamaha yang juga penyandang juara dunia WSBK musim lalu, Toprak Razgatlioglu, dia sudah melakukan yang terbaik untuk menghalang Bautista dan mengheret persaingan ke pusingan terakhir di Australia.

WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia! 02

Toprak Razgatlioglu

Apa tidaknya, pelumba kelahiran Turki itu melakukan hatrik atau membolot kemenangan dalam ketiga-tiga perlumbaan yang ditawarkan di Mandalika.

Begitupun, Bautista dan Ducati jelas sudah mempunyai perancangan yang rapi terutama apabila menamatkan Perlumbaan 2 selaku naib juara di belakang Razgatlioglu yang sekaligus mengesahkan kejuaraan dunia buatnya.

Berakhir perlumbaan pusingan ke-11 di Mandalika, Bautista dari Sepanyol mengumpul keseluruhan 553 mata dan tidak lagi boleh dipintas Razgatlioglu yang sekadar meraih 487 mata.

WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia! 03

Sepanjang 11 musim, Bautista meraih keseluruhan 14 kemenangan namun lebih konsisten berbanding Razgatlioglu yang turut mengumpul keseluruhan 14 kemenangan.

Daripada 30 perlumbaan yang berlangsung, hanya 4 kali Bautista tidak menamatkan saingan di pentas podium.

WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia! 04

Jonathan Rea

Sebagai rekod, setiap pusingan perlumbaan WSBK menampilkan 3 perlumbaan iaitu Perlumbaan 1, Superpole dan Perlumbaan 2. Selepas Indonesia, pusingan terakhir perlumbaan WSBK 2022 dijadual di Australia pada minggu depan.

Podium WSBK Indonesia 2022

Perlumbaan 1

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha with Brixx WorldSBK, Yamaha YZF R1
  2. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing - Ducati, Ducati Panigale V4R 
  3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR

Perlumbaan Superpole

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha with Brixx WorldSBK, Yamaha YZF R1
  2. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR
  3. Andrea Locatelli (ITA) Pata Yamaha with Brixx WorldSB, Yamaha YZF R1

Perlumbaan 2

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pata Yamaha with Brixx WorldSBK, Yamaha YZF R1
  2. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing - Ducati, Ducati Panigale V4R 
  3. Jonathan Rea (GBR) Kawasaki Racing Team WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR

Sumber imej: FB Toprak RazgatlıogluJonathan Rea, Twitter Aruba.it Racing - Ducati

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda