![Urusan Puspakom akan 'cashless' bermula 1 Januari 2023, semua transaksi takkan terima wang tunai 01]()
Bermula 1 Januari 2023 nanti, kesemua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara akan menerapkan sistem pembayaran tanpa tunai.
Kiranya, transaksi tunai tidak akan diterima untuk ketiga-tiga perkhidmatan kenderaan, pembaharuan insurans dan pembaharuan cukai jalan. Walau bagaimanapun, Perkidmatan Unit Bergerak Puspakom di beberapa lokasi pedalaman akan kekal menerima bayaran tunai.
![Urusan Puspakom akan 'cashless' bermula 1 Januari 2023, semua transaksi takkan terima wang tunai 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Menurut keratan Puspakom, transaksi tanpa tunai akan mengurangkan waktu urusan di kaunter dan ia juga lebih selamat. Selain menggunakan kad kredit atau kad debit, pembayaran secara QR Pay atau e-wallet juga digalakkan. Sebagai langkah persediaan, pelanggan sudah boleh mencuba menggunakan cara tersebut.
![Urusan Puspakom akan 'cashless' bermula 1 Januari 2023, semua transaksi takkan terima wang tunai 01]()
Memandangkan Puspakom ingin beralih ke sistem tanpa tunai, pelanggan yang memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan di kaunter boleh mula menggunakan kad kredit atau kad debit bermula 1 Disember ini.
![Urusan Puspakom akan 'cashless' bermula 1 Januari 2023, semua transaksi takkan terima wang tunai 02]()
Selama ini, untuk transaksi insurans dan cukai jalan, Puspakom hanya menerima kaedah tunai dan e-wallet sahaja.
Juga baca: Puspakom kini 'cashless' - bayaran nirtunai untuk khidmat pemeriksaan kenderaan bermula 1 Julai 2022!
Sumber: Puspakom
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen