window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R!

Khairil · Nov 19, 2022 02:00 PM

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 01

Moto Morini menerjah pasaran Malaysia menerusi model 'Adventure' hitnya, Moto Morini X-Cape 650/X pada tahun ini dan maklum balas yang diterima, termasuk tunggang uji daripada kami memang memuaskan.

Seperti diketahui, Moto Morini X-Cape 650, seperti kebanyakan model-model baharu kelahiran jenama Itali lain turut dipertontonkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) beberapa tahun lalu sebelum tiba di pasaran.

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pasaran tempatan, syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk motosikal ini adalah MForce Bike Holdings. 

Dan bersempena EICMA 2022 yang baru melabuhkan tirainya, Moto Morini tampil memperkenalkan varian terbaharu motosikal 'Adventure' aras tengah itu dikenali X-Cape ADV-R. Tetapi sedikit mengecewakan, Moto Morini X-Cape ADV-R ini masih dalam bentuk konsep.

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 01

Setakat ini, Moto Morini belum memberi sebarang kenyataan sama ada ia akan dibawa ke peringkat pengeluaran tetapi jangan bimbang kerana berdasarkan laporan media automotif luar negara, ia akan dibawa ke tahap itu berkemungkinan tahun depan.

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 02

Secara asas dan daripada pandangan mata kasar, termasuk dari sudut rekaan, Moto Morini X-Cape ADV-R memang dihasilkan dengan platform X-Cape 650.

Tetapi berbanding X-Cape 650 dan X-Cape 650 X yang kedua-duanya dikatakan hanya menawarkan kemampuan sebagai jentera ‘Adventure touring’ dengan keupayaan meredah laluan lasak ringan, X-Cape ADV-R lebih 'hardcore'.

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 03

Begitupun, kenyataan yang menyatakan X-Cape 650 X hanya berupaya meredah laluan lasak ringan agak aneh kerana model berjaya membuktikan kemampuannya di laluan lasak sebenar menerusi keputusan diraih di cabaran Rimba Raid 2022 baru-baru ini.

Berbalik kepada Moto Morini X-Cape ADV-R, untuk meningkatkan keupayaan dan lebih agresif,  ia diberikan pelbagai tambahan komponen antaranya pelindung enjin dan panel badan, pelana lebih tinggi dan ekzos SC Project. 

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 04

Sumber imej: FB Moto Morini

Sekalipun tidak begitu ketara, panel badan model konsep ini mengalami sedikit perubahan yang didakwa dapat melindungi badan penunggang selain turut memiliki 'sump guard' dan pelindung cakera brek depan.

Dari sudut teknologi, Moto Morini X-Cape ADV-R turut dipadankan dengan sistem navigasi daripada Garmin.

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 05

Mengulas trenkusanya, Moto Morini X-Cape 650 dijana enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder Parallel-twin, 8 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R! 06

Angka kuasa yang dihasilkan tidak begitu mengagumkan namun mencukupi iaitu 60 Hp pada 8,250 rpm dan tork 56 Nm pada 7,000 rpm namun ketika diuji, ia mencukupi.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda