window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram!

Khairil ยท Nov 21, 2022 10:00 AM

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 01

Zaqhwan Zaidi dari Honda memastikan gelaran keseluruhan kelas perdana ASB1000 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kekal di Malaysia apabila mengesahkan kejuaraan musim ini, semalam di Litar Buriram, Thailand.

Seperti tidak mahu kejuaraan terlepas dari genggaman, Zaqhwan dari pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA tampak lebih berhati-hati malah langsung tidak mengisi podium dalam dua perlumbaan yang ditawarkan.

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 02

Zaqhwan Zaidi

Begitupun, pungutan 22 mata yang dikumpul daripada dua perlumbaan sudah cukup mengesahkannya sebagai juara keseluruhan sekalipun dihambat sengit seorang lagi pelumba negara dari Yamaha, Kasma Daniel Kasmayudin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram!

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 01

Secara keseluruhan, Zaqhwan yang menunggang jentera Honda CBR1000RR-R mengutip 157 mata, diikuti pelumba Jepun, Haruki Noguchi 154 mata (tidak berlumba susulan kecederaan) dan Kasma (Yamaha Gen Blu Racing Tean Asean) 153 mata.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan saya ketika ini tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong perjalanan saya. Saya mahu berterima kasih kepada pasukan atas pelarasan yang hebat terhadap jentera ini.

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 02

Zaqhwan Zaidi

"Kemenangan ini adalah untuk rakan saya, Rozaiman (Said, pelumba pasukan TKKR Racing mengalami kemalangan jalan raya), semoga cepat sembuh," kata Zaqhwan yang merampas gelaran keseluruhan ASB1000 daripada seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 03

Kasma Daniel Kasmayudin

Dalam aksi di Buriram, Perlumbaan 1 menjadi milik Kasma yang menunggang jentera Yamaha R1M manakala Pelumbaan 2 dimenangi pelumba turan rumah, Suhathai Chaemsup dari pasukan EESR NJT Racing yang menunggang Honda CBR1000RR-R.

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 04

Andi Farid Izdihar

Sementara itu, gelaran keseluruhan berganda yang diharapkan untuk Malaysia tidak menjadi kenyataan apabila pelumba negara, Helmi Azman (Boon Siew HONDA Racing Team) tak berjaya memanfaatkan kedudukan selaku pendahulu kelas SS600 dan dikecewakan pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar.

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 05

Andi Farid Izdihar

Menuju ke Buriram dengan kelebihan agak selesa, Helmi sekadar menamatkan menamatkan Perlumbaan 1 di tangga ke-9 sebelum melepasi garisan penamat Perlumbaan 2 di tangga ke-5. 

Sekalipun mengumpul keseluruhan 158 mata, sama seperti Andi, dua kemenangan yang diraih pelumba pasukan ASTRA Honda Racing Team itu menobatkannya sebagai juara keseluruhan.

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 06

Andy Muhammad Fadly

ARRC 2022: Tiada podium tapi Honda, Zaqhwan sahkan gelaran keseluruhan ASB1000 di Buriram! 07

Wahyu Aji Trilaksana

Dalam kelas AP250, pelumba Indonesia dan Kawasaki, Andy Muhammad Fadly (Motul Sniper Manual Tech Racing Team Kawasaki) muncul juara keseluruhan manakala dalam kelas UB150, pelumba pasukan Malaysia, ONEXOX TKKR Racing Team dari Indonesia Wahyu Aji Trilaksana menjadi juara.

Kedudukan keseluruhan ARRC 2022

ASB1000

  1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, Honda, 157 mata
  2. Haruki Noguchi (JPN) SDG Motor Sports HARC-PRO Ph., Honda, 154 mata
  3. Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN, Yamaha, 153 mata

SS600

  1. Andi Farid Izdihar (INA) ASTRA HONDA Racing Team, Honda, 158 mata
  2. Md Helmi Azman (MAS) Boon Siew HONDA Racing Team, Honda, 158 mata
  3. Nakarin Atiratphuvapat (THA) HONDA Racing Thailand, Honda, 137 mata

AP250

  1. Andy Muhammad Fadly (INA) Motul Sniper Manual Tech Racing Team, Kawasaki, 133 mata
  2. Rheza Danica Ahrens (INA) ASTRA HONDA Racing Team, Honda, 133 mata
  3. Herjun Atna Firdaus (INA) ASTRA HONDA Racing Team, Honda, 120 mata

UB125

  1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) ONEXOX TKKR Racing Team, Yamaha, 140 mata
  2. Izzat Zaidi Md Salehan (MAS) Pitsbike JRT OneWay, Yamaha, 139 mata
  3. April King Mascardo (PHI) UMA Racing MMR YAMAHA Philippines, Yamaha, 91 mata

Juga baca: ARRC 2022: Kasma akui jentera Yamaha YZF-R1M kurang 'sengat', anggap musim ini proses cari pengalaman!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda