window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Palisade jadi pilihan Agong - jauh lebih 'classy' berbanding Vellfire?

Mersita · Nov 22, 2022 04:00 PM

Hyundai Palisade jadi pilihan Agong - jauh lebih 'classy' berbanding Vellfire? 01

Kita semua tahu kenderaan apa yang menjadi kegemaran orang-orang kenamaan di Malaysia. Tapi, apakah pula kenderaan pilihan individu terpenting di negara ini?

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dilihat memandu memasuki perkarangan Istana Negara di Pintu Pagar 2 sebelum turun mencemar duli dan menyantuni para petugas media yang menunggu di sana. Cukup menarik perhatian adalah SUV mewah yang dipandunya, Hyundai Palisade.

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ternyata, SUV jenama Korea dengan rekaan serba moden itu menjadi pilihan pemimpin tertinggi negara kita - tampil berbeza dengan pilihan orang-orang kenamaan yang lain sejak sekian lama. Lihat saja betapa 'classy' dan cantiknya SUV 7-8 tempat duduk ini dalam pautan di bawah.

Juga baca: 27 foto mengapa Hyundai Palisade 2022 ialah Cadillac dengan interior yang lagi cun daripada BMW

Hyundai Palisade jadi pilihan Agong - jauh lebih 'classy' berbanding Vellfire? 01

Sebagai info, Hyundai Palisade dilancarkan di Malaysia pada Disember 2021 dan ia merupakan SUV bersaiz paling besar dalam barisan tawaran pengeluar kereta dari Korea itu. Hyundai Sime Darby Malaysia menawarkan empat varian bagi model SUV ini berserta dua pilihan enjin.

Hyundai Palisade jadi pilihan Agong - jauh lebih 'classy' berbanding Vellfire? 02

Harga bagi SUV ini bermula dari RM 328,888 dan yang paling mahal, RM 358,888. Kami percaya Palisade diRaja berkenaan besar kemungkinannya varian paling tinggi (3.8 liter, enjin petrol V6) yang menjana 295 PS dan 355 Nm.

Juga baca: Raja Permaisuri Agong sambut hari jadi ke-62 dengan kek berupa Honda N-Box yang comel!

Apa kata anda? Adakah trend MPV mewah di Malaysia sudah semakin terasa seperti citarasa lapuk?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Palisade 2.2 Diesel Exec 8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda