window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k!

Khairil · Nov 22, 2022 04:15 PM

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 01

Persaingan dalam segmen motosikal elektrik di Malaysia kian meriah apabila syarikat pengeluar motosikal elektrik tempatan, Ni Hsin EV Tech (NH EV Tech) tampil melancarkan dua penawarannya, hari ini dikenali TailG Ebixon Bold dan TailG Ebixon Torq.

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 02

Majlis pelancaran TailG Ebixon, hari ini.

Kedua-dua model yang sudah memperoleh Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), bulan lalu itu secara amnya dikhususkan untuk kegunaan awam dan komersial.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • TailG Ebixon Bold - RM 9,000 (Persendirian)
  • TailG Ebixon Torq - RM 14,888 (Komersial) 

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 01

TailG Ebixon Bold

Menurut NH EV Tech, kedua-dua model yang akan mula memasuki pasaran pada tahun depan itu adalah unit pemasangan tempatan (CKD) di kilangnya di Seri Kembangan, Selangor.

Untuk menghasilkan skuter berkenaan, NH EV Tech yang juga anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Bhd menjalankan kerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan elektrik tenaga baru terkemuka dari China, Dongguan Tailing Motor Vehicle Co, Ltd (TailG).

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 02

TailG Ebixon Torq

Pengarah Urusan NH EV Tech, Khoo Chee Kong ketika majlis pelancarannya berkata, pihaknya menyasarkan untuk menjual 15k unit skuter berkenaan dalam tempoh 3 tahun meliputi rantau Asia Pasifik.

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 03

Tidak terbabit dengan program penukaran bateri membabitkan syarikat pengeluar lain, apa yang menarik adalah kedua-dua skuter keluaran NH EV Tech menggunakan sistem bateri yang boleh dicas menggunakan soket rumah menggunakan plug 3 pin standard.

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 04

Untuk spesifikasi kedua-dua model, perincian adalah seperti berikut:

TailG Eboixon Bold

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 05

  • Pilihan warna: Merah, Biru, Hitam.
  • Dijana motor elektrik 'Brushless' dengan kuasa 1,500w dan tork 35 Nm.
  • Unit bateri digunakan jenis Lithium dengan kapasiti 72V 22Ah (dua unit) seberat 11 kg.

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 06

  • Jaminan untuk bateri adalah 1,000 kitaran cas. Cas penuh diantara 2 ke 8 jam.
  • Kelajuan maksimum 70 km/j
  • Jarak tunggangan 120 km, sudut pendakian 20 darjah

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 07

  • Sistem lampu LED dan instrumen meter digital monochrome
  • Kelajuan tertinggi 70 km/j
  • Jarak perjalanan 120 km
  • Dimensi Panjang 1,900 mm, lebar 710 mm, tinggi 1,165 mm

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 08

  • Berat 91 kg
  • Mampu membawa berat (penunggang/pembonceng) 162 kg
  • Suspensi depan guna fork telekopik konvensional dan penyerap hentak berkembar (belakang).

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 09

  • Set roda 130/60-13 (depan) dan 120/70-12 (belakang)
  • Brek cakera depan dan belakang

TailG Ebixon Torq

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 10

  • Pilihan warna: Biru, Hitam
  • Dijana motor elektrik 'Brushless' 72V 5,000w dan tork 74 Nm.
  • Unit bateri digunakan jenis Lithium dengan kapasiti 72V 50Ah (dua unit) seberat 11 kg.

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 11

  • Jaminan untuk bateri adalah 1,000 kitaran cas. Cas penuh diantara 2 ke 8 jam.
  • Kelajuan maksimum 90 km/j 
  • Jarak tunggangan 200 km, sudut pendakian 15 darjah

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 12

  • Dimensi panjang 1,883 mm, lebar 687 mm, tinggi 1,112 mm 
  • Berat 85 kg
  • Mampu membawa muatan seberat 148 kg

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 13

  • Suspensi depan fork teleskopik konvensional dan penyerap hentak berkembar (belakang).
  • Brek cakera depan dan belakang
  • Set roda 90/90-12 (depan) dan 110/70-12 (belakang)

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 14

Ni Hsin EV Tech lancar 2 model skuter elektrik, TailG Ebixon Bold, Torq, harga asas mula RM 9k! 15

Kerana digunakan untuk tujuan komersial, Torq menggunakan pelana tunggal dengan ruangan belakang dilengkapi rak lebar untuk kotak simpanan yang dijual berasingan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda