window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris!

Faisal · Nov 23, 2022 11:00 AM

BOCOR: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris! 01

Baru-baru ini, sebuah gambar yang memaparkan papan pemuka yang dikatakan milik Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi W214 telah tersebar luas di media sosial di China.

Kalau dilihat pada roda sterengnya, ini mungkin varian permulaan, iaitu yang bukan AMG.

BOCOR: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, skrin infotainment yang turut dapat dilihat juga adalah jenis melintang, bukannya jenis menegak seperti yang diterapkan pada S-Class W223 / V223 dan C-Class W206.

Perkara ini agak pelik kerana Mercedes-Benz sendiri pernah memberitahu bahawa orientasi jenis potret dipilih untuk S-Class dan C-Class generasi baharu kerana ia lebih sesuai untuk navigasi. Jadi, adakah E-Class baharu dianaktirikan?

BOCOR: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris! 01

S-Class dan C-Class menggunakan infotainment jenis potret.

Atau mungkin juga paparan head-up display augmented reality generasi baharu cukup bagus sampai infotainment potret tidak lagi diperlukan? Secara teknikalnya, skrin menegak memang lebih sesuai untuk navigasi tetapi ia boleh menjejaskan ruang meletak barang di konsol tengah.

Apapun, mengenai E-Class W214, debut globalnya dijangka berlangsung pada pertengahan tahun hadapan. Varian EV juga akan diperkenalkan.

Juga bacaW214 Mercedes-Benz E-Class sah dilancarkan pada 2023, tambah varian EV tulen

BOCOR: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris! 02

Lakaran E-Class W214 oleh kolesa.ru.

Bagi anda yang belum tahu, E-Class generasi W213 yang ada sekarang ini dijual di Malaysia pada harga RM 345,888 (E200 Avantgarde) dan EM 397,888 (E300 AMG Line). Kedua-dua varian dipasang di Pekan, Pahang.

BOCOR: Papan pemuka Mercedes-Benz E-Class 2023 generasi baharu W214 tertiris! 03

Untuk makluman anda, model facelift yang ada sekarang dilancarkan pada Julai 2021. E-Class generasi W213 yang ada selama ini pula sudah beransur dalam pasaran kita sejak Jun 2016.

Juga bacaMercedes-Benz E200 W213 facelift - kedekut tambah RM 52k untuk E300, atau pilihan lebih waras?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda