window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia!

Faisal Β· Nov 24, 2022 10:13 AM

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia! 01

Baru-baru ini, Toyota Innova generasi baharu telahpun dirasmikan di Indonesia. Menariknya, MPV segmen C yang dipercayai ini akan turut dieksport ke pelbagai pasaran luar di serata dunia.

Juga baca2023 Toyota Innova Zenix debut global - dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia! 02

Perasmian produksi Toyota Innova Zenix di kilang Kerawang, Indonesia.

Menurut CEO Toyota Motor Corporation untuk rantau Asia dan Presiden Toyota Motor Asia Pacific, Hao Quoc Tien, sejak model Kijang (Innova di Indonesia) diperkenalkan pada tahun 1977, ia telah menjadi model eksport terpenting buat Toyota Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia! 01

Kata beliau, untuk peringkat awal, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieksport ke 13 negara yang meliputi pasaran Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia! 02

Bateri hibrid buat Toyota Innova Zenix.

Sementara itu, Pengarah Presiden PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Warih Andang Tjahjono dalam acara perasmian produksi Innova Zenix turut memberitahu bahawa keluaran MPV ini telah bermula dan ia disasarkan sebanyak 3000 – 4000 unit. Menariknya, beliau turut menjelaskan bahawa volum produksi untuk varian hibrid akan merangkumi sehingga 30 – 40%. Keluaran eskport buat Innova Zenix pula akan bermula pada Februari 2023.

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia! 03

Secara teknikal, Warih menerangkan bahawa kandungan tempatan buat Innova Zenix Hybrid adalah 60 – 65%. Varian petrol konvensional pula sudah lebih dari 80%.

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia! 04

Pemasangan bateri hibrid pada Toyota Innova Zenix.

Kiranya, kebanyakan komponen varian hibrid belum lagi dilokalkan. Antara yang Warih maksudkan ialah platform, motor elektrik, inverter dan banyak lagi tetapi ia akan beransur secara konsisten.

Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia! 05

Menurut Warih, permintaan kereta hibrid sekarang sudah meningkat dan tidak mustahil sekiranya Innova Zenix boleh tembus ke lebih dari 40 pasaran di serata dunia. Oleh kerana itu, TMMIN menyasarkan eksport Innova Zenix sebanyak 8,500 unit setiap tahun.

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda