window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah?

Haris · Sep 10, 2020 08:00 PM

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah? 01

Perodua Bezza adalah satu-satunya model sedan yang dihasilkan Perodua dalam saingan segmen sedan. Digelar ‘kereta rasmi Grab’, Perodua Bezza merupakan pilihan utama bagi mereka yang memerlukan kereta yang praktikal, penjimatan minyak dan kos pemilikan yang rendah. Perodua Bezza masih mendahului Proton Saga (berdasarkan siaran media Perodua)

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah? 01

Umum sedia maklum mengenai aspek penjimatan minyak Perodua Bezza. Oleh itu, kali ini kami akan mengira kos penyelenggaraan secara berjadual Perodua Bezza selama 5 tahun / 100,000 km jarak tempuh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadual Penyelenggaraan Perodua Bezza

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah? 01

Penyelenggaraan pertama untuk Perodua Bezza 1.3 adalah sebanyak RM 177.70, dilakukan pada jarak tempuh 10,000 km.

Tidak seperti Proton Saga varian automatik yang memerlukan minyak Automatic Transmission Fluid (ATF) diganti pada setiap selang 60,000 km, Perodua Bezza perlu menukar minyak ATF setiap 40,000 km.

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah? 02

Tambahan pula, enjin 1.3 liter Perodua Bezza menggunakan rantai pemasaan (timing chain) dan bukannya tali sawat pemasaan (timing belt) seperti Proton Saga. Penggunaan rantai pemasaan (timing chain) menawarkan kos penyelenggaraan yang lebih murah.Sebagai perbandingan tali sawat pemasaan (timing belt) Proton Saga berharga RM 633.85.

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah? 03

Sepanjang tempoh 5 tahun, kos penyelenggaraan sebanyak RM 3,149 diperlukan untuk menyelenggara Perodua Bezza 1.3. Kos ini meningkat ke RM 4,131 jika anda membeli pakej ProCare yang lebih komprehensif. Jika anda tidak memilih pakej ProCare, jaminan anda tetap sah dan tidak terbatal.

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah? 04

Walaubagaimanapun, pelanggan Perodua digalakkan untuk memilih kerja-kerja penyelenggaraan ProCare agar Perodua Bezza anda berada dalam keadaan terbaik.

Bagi kadar insurans Proton Bezza, sila rujuk senarai di bawah:

Model Sebutharga
Perodua Bezza 1.0 G MT RM 1,082
Perodua Bezza 1.0 G A RM 1,106
Perodua Bezza 1.3 X AT RM 1,373
Perodua Bezza 1.3 AV AT RM 1,510

Perlu diingatkan bahawa harga yang disebut adalah berdasarkan pemandu mempunyai sifar NCD, sifar pemuatan (loading) dan tidak termasuk liputan tambahan contohnya cermin hadapan atau bencana alam seperti banjir.

2020 Perodua Bezza: Ini kos penyelenggaraan selama 5 tahun / 100,000 km. Murah? 05

Kami juga telah meringkaskan kos penyelenggaraan dan insurans dalam jangka masa 5 tahun pada jadual di atas. Nampaknya, Perodua Bezza masih dikira murah walaupun sedikit lebih mahal berbanding Proton Saga. Baca kos penyelenggaraan Proton Saga kami di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda