window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross

Faisal Β· Nov 29, 2022 05:00 PM

Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross 01

Selepas seminggu membuat debut global di Indonesia, Toyota Innova generasi 2023 kini beransur ke pasaran India. Kalau anda lihat filem-filem dari sana, anda pasti tahu bahawa Toyota Innova dianggap setanding dengan Toyota Alphard. Macam tak percaya pula kan?

Untuk makluman anda, Toyota Alphard yang kurang kelegaan tanah tidak berapa ideal untuk melalui jalan yang kerap banjir dan berlubang-lubang di India. Disebabkan inilah Toyota Innova di sana selalu menjadi pilihan taukey-taukey yang ada pemandu. Malah, ramai menteri-menteri di India yang menggunakan Toyota Innova.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh kerana itu, Toyota Innova 2023 iaitu Innova HyCross di pasaran India mendatangkan bermacam-macam ciri yang mana ia tidak ada pada model di Indonesia. Antaranya seperti penyejuk tempat duduk depan, cermin pandang belakang anti-silau, tempat duduk baris kedua berkuasa jenis Ottoman, audio JBL dengan 9 pembesar suara, pelindung sinaran di tempat duduk belakang dan penyaman udara pelbagai zon.

Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross 01

Memandangkan Innova di sana sinonim dengan kereta untuk penumpang belakang, ciri seperti penyecas nirwayar Qi yang ada di depan hanya ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

Menariknya, sistem hiburan untuk penumpang belakang tidak ada sama sekali. Mungkin zaman dah berubah yang mana mereka sebenarnya lebih gemar menggunakan telefon pintar atau tablet terus.

Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross 02

Sama seperti di Indonesia, Innova di India tiada lagi pilihan enjin diesel. Apa yang ada ialah enjin Dynamic Force 2.0L NA (174 PS) dan 2.0L hibrid (186 PS).

Kedua-dua sumber kuasa dipadankan dengan transmisi CVT (E-CVT untuk hibrid).

Dari segi keseluruhan, penyerahan Innova HyCross ini akan bermula pada Januari 2023. Buat masa sekarang, harga di sana masih dalam perbincangan.

Sama seperti selama ini, Toyota Innova 2023 di India akan dipasang lokal (CKD) di kilang Kamataka.

Juga baca2023 Toyota Innova Zenix debut global - dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda