window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k!

Khairil · Dec 2, 2022 07:00 PM

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 01

Royal Enfield Thailand mengakhiri penantian peminatnya untuk menikmati model Royal Enfield Scram 411 (2023) yang dilancarkan sempena Thailand Motor Expo 2022 yang sedang berlangsung ketika ini.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 02

Sebagai info, Royal Enfield Scram 411 adalah antara model terbaharu dalam keluarga Himalayan dan ia membuat debut di peringkat global pada Mac tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 01

Untuk pasaran Malaysia, pengedar rasmi jenama itu, Didi Group sudah pun membawa masuk model berkenaan ke pasaran tempatan pada September lalu dan dijual pada harga asas bermula RM 26.9k mengikut pilihan warna.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 02

Dari sudut rekaan dan gaya, Royal Enfield Scram 411 adalah motosikal 'Naked' bergaya 'Scrambler' dan berkongsi banyak komponen seperti Himalayan 411.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 03

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 04

Berbalik kepada Royal Enfield Scram 411 di pasaran Thailand, harga jualannya juga berbeza mengikut pilihan warna dan bermula 175,900 baht (RM 22,221).

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 05

Tujuh warna menarik yang ditawarkan ialah: 

  • Graphite Yellow
  • Graphite Red
  • Graphite Blue
  • Skyline Blue
  • Blazing Black
  • White Flame
  • Silver Spirit 

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 06

Mengulas trenkuasa, model ini menggunakan enjin bersesaran 411 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 07

Kuasa yang dihamburkan adalah pada angka 24.3 Hp pada 6,500rpm dan tork 32 Nm pada 6,500 rpm.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 08

Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork depan jenis teleskopik konvensional 41 mm dengan jarak pergerakan 190 mm (mempunyai pelindung getah) yang digandingkan dengan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan jarak pergerakan 180 mm.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 09

Sistem brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 300 mm dengan kaliper dua-piston (depan) dan cakera tunggal bersaiz 240 mm kaliper 1-piston (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 10

Lebih meningkatkan ciri retro adalah rim yang digunakan jenis jejari. Tetapi tidak seperti Himalayan 411 yang memiliki visor penghadang angin, Scram 411 tampil lebih klasik dengan penggunaan 'cover' lampu yang unik.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 11

Informasi lain adalah seperti ketinggian pelana dua posisi ketinggian (795 mm/800 mm), panel meter gabungan digital LCD dan analog serta kapasiti tangki bahan api 15 liter.

Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k! 12

Seperti biasa, Royal Enfield Thailand sudah pun membuka tempahan untuk Royal Enfield Scram 411 ketika Thailand Motor Expo 2022 namun penghantaran dijadual bermula pada tahun depan (Januari).

Sumber imej: FB Royal Enfield Praram5 By MotogroupSumitra PreepramAom Royal Enfield Pitrock

Juga baca: Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda