window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak!

Khairil · Dec 6, 2022 02:00 PM

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak! 01

Sambil mengenakan topi berwarna hitam dan pelitup muka, Menteri Pengangkutan yang baru dilantik, Anthony Loke Siew Fook mengenepikan protokol untuk merasai sendiri kepayahan rakyat menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak! 02

Malah, Anthony seperti pengintip sengaja menggunakan perkhidmatan awam itu ketika waktu puncak, sekitar 5 ke 7 petang, semalam untuk mendapatkan gambaran lebih tepat apa yang dirasai oleh pengguna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: LRT Laluan Kelana Jaya OK tak tu? Perkhidmatan hari pertama stabil, pakar teknikal memantau

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak! 01

Sedia maklum, LRT laluan Kelana Jaya sering mendapat perhatian kerana tidak pernah lekang dengan masalah terbaharu pada bulan lalu yang menyaksikan perkhidmatannya tergendala selama beberapa hari.

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak! 02

Berkongsi pengalaman itu di laman sosial peribadinya, Anthony Loke berkata dia tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana (Pengendali LRT) dan pihak media untuk merasai sendiri pengalaman penumpang biasa lalui setiap hari dengan menggunakan LRT.

Juga baca: LRT rosak, wanita disamun gara-gara menunggu kereta bapanya di LRT Sri Rampai

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak! 03

Mengulas pengalaman itu, Anthony Loke mengakui keadaan yang cukup sesak di dalam tren sememangnya mencetus perasaan tidak selesa kepada penumpang.

Dan susulan pengalaman itu, Anthony Loke berkata dia akan mengadakan perjumpaan dengan pihak bertanggungjawab terutama Prasarana bagi membincangkan situasi berkenaan.

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak! 04

“Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” tulisnya.

Juga baca: Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa?

Nak rasa sendiri kepayahan rakyat, Anthony Loke ketepi protokol bersesak naik LRT di waktu puncak! 05

Seperti dijangka, hantaran Anthony Loke itu mendapat perhatian dengan rata-rata netizen dalam ruangan komen yang mencecah 3.1k komen setakat ini memuji tindakan Ahli Parlimen Seremban itu.

Juga baca: LRT rosak: Pemegang pas bulanan LRT Rapid My50, My30 mungkin diberi pampasan


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda