Subaru Crosstrek 2023 serba baharu (di Malaysia sebagai Subaru XV) telah mula dijual di Jepun dan ia hadir dengan varian Touring dan Limited. Menariknya, terdapat konfigurasi pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD). Subaru dengan pacuan roda depan, pelik kan?
Di sana, harga varian Touring FWD bermula dari 2.662 juta JPY (~RM 86k) dan Limited AWD pula pada 3.289 juta JPY (~RM 107k).
Apapun, pendekatan pacuan roda depan bukanlah sesuatu yang baru buat Subaru kerana di sana, mereka juga ada menjual Impreza dengan konfigurasi FWD.
Dari segi trenkuasa, ia menggunakan enjin 2.0L NA (e-Boxer) dengan hibrid sederhana 48V yang dipadankan dengan transmisi CVT. Di antaranya pula ada motor elektrik berkuasa 13.6 PS/65 Nm, sekaligus menghasilkan output pada 145 PS dan 188 Nm tork.
Pada aspek kelengkapan, trim Touring datang dengan rim 17 inci, lampu LED dengan isyarat mentol dan sistem masuk dan hidup enjin tanpa kunci.
Trim Limited pula lengkap dengan rim 18 inci, lampu LED penuh serta lampu selekoh, tempat duduk depan berpelaras kuasa (10-hala untuk pemandu, 8-hala untuk penumpang) dan infotainment potret bersaiz 11.6 inci.
Dalam aspek keselamatan, ADAS EyeSight pada Crosstrek baharu hadir dengan ciri AEB, amaran keluar lorong, kawalan pelayaran adaptif dan bermacam-macam lagi.
Juga baca: 2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}