window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya!

Haris · Dec 10, 2022 02:00 PM

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 01

Lupakan Ora atau Tesla, mungkin pengeluar kereta elektrik (EV) yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia ialah BYD. Pengeluar kereta terlaris China (bermula Nov 2022) ini baru sahaja melancarkan SUV elektrik BYD Atto 3 di Malaysia dan semasa pelancarannya, minat orang ramai kedengaran sangat memberangsangkan.

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 02

Pengedar rasmi, BYD Sime Darby Motors Malaysia, mendakwa bahawa kira-kira 4,500 temu janji untuk pandu uji telah dibuat tetapi tidak mendedahkan nombor tempahan, hanya menyebutnya sebagai "menggalakkan". Tempahan untuk BYD Atto 3 bermula awal bulan lalu dan pelanggan boleh menerimanya pada awal suku pertama 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 01

Sebagai sebahagian daripada subsidiari Sime Darby Motors, BYD SD Motors menawarkan rakyat Malaysia yang berminat untuk mencuba sendiri serta melihat dengan lebih dekat BYD Atto 3 di Bandar Malaysia sepanjang hujung minggu ini (9-11-Dis 2022).

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 02

BYD juga tidak mendedahkan unjuran angka jualannya tetapi Sime Darby dan BYD telah komited untuk melabur sejumlah RM 500 juta ke arah pembangunan rangkaian bilik pameran. Bilik pameran BYD pertama akan dibuka bulan ini di TREC, Kuala Lumpur manakala 3 lagi dirancang untuk dibuka di Ara Damansara, Pulau Pinang, dan Johor pada separuh pertama 2023.

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 03

BYD Atto 3 boleh didapati dalam dua varian, Standard Range dan Extended Range yang masing-masing berharga RM 149,800 dan RM 167,800. Ketika ini, BYD Atto 3 diimport sepenuhnya (CBU) dari China.

Baca: BYD Atto 3 dilancar di Malaysia - dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 04

Varian Standard Range dilengkapi dengan bateri 49.92 kWj dan mempunyai jarak 410 km mengikut ujian NEDC (345 km ujian WLTP).

Sementara itu, Extended Range dilengkapi dengan bateri 60.48 kWj yang lebih besar dan mampu menawarkan jarak gerak sehingga 480 km berdasarkan ujian NEDC (420 km ujian WLTP).

Kedua-dua pek kuasa bateru adalah menggunakan teknologi bateri 'Blade' hak milik BYD sepenuhnya, terdiri daripada litium besi fosfat (LFP).

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 05

BYD menawarkan waranti 6 tahun/150,000 km, waranti bateri 8 tahun/160,000 km serta waranti 8 tahun/150,000 km lagi untuk unit pacuan. Waranti terakhir meliputi motor, pengawal motor, pemasangan DC dan pemasangan kawalan elektrik voltan tinggi.

BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya! 06

Berdasarkan bilangan rakyat Malaysia yang berminat untuk berada di belakang stereng BYD Atto 3, adakah ia mampu diterjemahkan kepada pembeli yang beratur di luar bilik pameran BYD seperti yang dilihat di Thailand?

Baca: Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda