window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik?

Faisal · Dec 11, 2022 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa model facelift (LCI)?

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 01

BMW 3 Series F30 model sebelum facelift bukanlah tidak bagus tetapi enjin N20 yang menjadi sebahagian besar daripada penawarannya cenderung untuk mengalami isu kebocoran minyak dan tali sawat. Kalau anda nak sekalipun, cari varian 320d yang menggunakan enjin diesel.

Diesel???

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 02

Dari segi karakter enjin, perhalusan enjin yang diguna pada BMW 320d bukanlah paling berkualiti atau paling syok untuk dipandu tetapi ia cukup cemerlang untuk mereka yang selalu berjalan jauh.

Maksud kami di sini ialah penggunaan bahan api yang cukup rendah dan kami diberitahu oleh Jason dari JW Performance iaitu bengkel bertauliah untuk BMW bahawa 320d sebenarnya varian yang paling kurang bermasalah. Malah, terdapat pelanggan yang sudah memandu sehingga 350,000 km tanpa sebarang isu besar.

Juga bacaKereta Jerman terpakai - "Mercedes-Benz lagi tahan daripada BMW", kekal fakta atau dah mitos?

Berapa harga BMW 320d sekarang?

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 03

Model seawal tahun 2012 kini boleh dibeli pada harga serendah RM 60k. BMW 320d M Sport yang diperkenalkan ke Malaysia setahun kemudian pula sekarang berharga sekitar RM 100k, iaitu model tahun 2013 – 2014.

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 04

BMW 320d LCI, dengan enjin B47 yang lebih baru.

Apapun, 320d model facelift (LCI) lebih bagus kerana ia datang dengan enjin B47 yang lebih baru. Model ini dijual antara tahun 2015 – 2017 sebelum BMW Malaysia mengambil keputusan untuk menghentikan semua jualan model diesel. Kalau anda jumpa, harganya kini sekitar RM 150k.

  • 2017 BMW 3 30E 2.0

    RM 140,000
    RM 1,534
    /bulan

    75,591 km

    6.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 BMW 3 20I 2.0

    RM 116,800
    RM 1,280
    /bulan

    89,376 km

    8.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 BMW 3 16I (CKD) 1.6

    RM 94,000
    RM 1,030
    /bulan

    104,736 km

    8.5 years

    Petaling Jaya

Kalau anda taknak diesel pula bagaimana?

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 01

Jawapannya adalah varian 330i M Sport. Enjin B48 yang dipadankan adalah paling berkuasa dalam penawaran BMW F30 di Malaysia iaitu dengan 252 PS/350 Nm. Suspensi adaptif yang digunakan juga meningkatkan lagi kebolehan kereta sedan premium ini.

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 02

Cumanya, inilah varian 3 Series F30 yang paling mahal dalam pasaran kereta terpakai. Harganya kini dalam julat RM 150k – RM 160k. Lagi satu, keluarannya juga singkat macam 320d LCI.

Bagaimana pula kalau anda tiada bajet sebanyak RM 150k?

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 03

Cari sahaja varian 318i. Walaupun menggunakan enjin 3 silinder, varian 318i ini boleh dikatakan kecil-kecil cili padi. Prestasinya tidaklah gempak tetapi ia lebih dari mencukupi. Menariknya, enjin yang lebih kecil membuatkan pengendaliannya lebih lincah dan masih rasa macam sebuah 3 Series.

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 04

Pada masa yang sama, kelengkapannya serupa dengan varian 320i. Cumanya, infotainment yang dilengkapkan adalah bersaiz 6.5 inci, bukannya 8.8 inci tetapi isu ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui penukaran skrin infotainment.

  • 2019 BMW 318i Luxury 1.5

    RM 135,700
    RM 1,575
    /bulan

    38,677 km

    4.5 years

    Kuantan

  • 2017 BMW 318i Luxury 1.5

    RM 106,900
    RM 1,281
    /bulan

    99,099 km

    6.5 years

    Melaka

  • 2019 BMW 318i Luxury 1.5

    RM 135,500
    RM 1,485
    /bulan

    54,456 km

    4.5 years

    Petaling Jaya

Berapa harga BM 318i?

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 01

Dalam pasaran, varian ini sebenarnya ada banyak kerana ia dijual dari awal hingga akhir keluaran F30 LCI. Model tahun 2015 – 2016 misalnya boleh dimiliki pada lingkungan harga RM 80k – RM 90k.

330e tak suka?

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 02

Bagi anda yang belum tahu, jangka hayat kenderaan hibrid plug-in (PHEV) bergantung pada cara penggunaan seperti kekerapan mengecas. Sebagai sebuah PHEV juga, bateri ion-litium yang dilengkapkan memerlukan julat State of Charge (SoC) tertentu. Kalau selalu bawah 10% atau atas 90%, ia akan memberi tekanan kepada bateri, sekaligus mengakibatkan ketidakstabilan sistem.

Kalau anda kekalkan bateri pada SoC rendah atau tidak guna langsung untuk jangka masa lama, cari penyakitlah namanya. Jadi, cara paling sesuai untuk memakai 330e adalah dengan mengecas secara kerap.

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 03

Lagi satu, disebabkan bateri itu sendiri, berat varian 330e sebenarnya lebih 200 kg daripada varian 330i. Jadi, ia bukanlah varian paling syok untuk dipandu walaupun nadinya mempunyai tenaga yang cukup tinggi. Tetapi kalau anda mahu nilai paling berbaloi, varian PHEV inilah jawapannya.

  • 2018 BMW 330e M Sport 2.0

    RM 127,800
    RM 1,400
    /bulan

    65,942 km

    6 years

    Masai

  • 2017 BMW 330e M Sport 2.0

    RM 119,000
    RM 1,414
    /bulan

    61,082 km

    6.5 years

    Petaling Jaya

  • 2017 BMW 330e M Sport 2.0

    RM 135,400
    RM 1,484
    /bulan

    61,815 km

    6.5 years

    Bayan Lepas

Konklusi

BMW 3 Series F30 terpakai - dari 316i ke 335i, sedan kompak premium varian mana yang terbaik? 01

Kalau bajet anda terhad kepada RM 100k, pilih varian 318i. Kalau anda selalu berjalan jauh, tiada apa yang boleh lawan varian 320d dan kalau anda mahukan nilai yang terbaik, varian 330e sememangnya tiada tandingan.

Tetapi kalau anda ada bajet, terus sahaja ke varian 330i kerana ia adalah BMW 3 Series F30 yang paling bagus. Apapun, untuk lebih mudah, anda boleh cari varian yang kami cadangkan ini di Carsome.

Dari sekarang hingga 31 Disember, Carsome akan beri diskaun sehingga RM 8,000, baucar percuma yang bernilai mencecah RM 30,000 dan percuma waranti lanjutan 2 tahun. Kalau anda tukar ganti kereta juga, rebat akan diberi sehingga RM 1,500. Maklumat lanjut boleh didapatkan di sini.

Juga bacaF30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda