window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerjasama Fast Bikes, Triumph berakhir 14 Januari 2023, ubah jadi Honda Big Wing!

Khairil ยท Dec 12, 2022 12:00 PM

Kerjasama Fast Bikes, Triumph berakhir 14 Januari 2023, ubah jadi Honda Big Wing! 01

Syarikat yang bertanggungjawab sebagai pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia, Fast Bikes Sdn Bhd mengesahkan 'perpisahan' dengan syarikat induk pengeluar motosikal dari United Kingdom itu yang bermula 14 Januari depan.

Perkembangan itu mengesahkan desas-desus yang diperoleh sebelum ini dengan Fast Bike dalam kenyataan berkata mereka mengubah operasinya menjadi salah satu pengedar Honda Big Wing di Malaysia.

Juga baca: Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerjasama Fast Bikes, Triumph berakhir 14 Januari 2023, ubah jadi Honda Big Wing! 01

Susulan itu, bilik pameran dan ibu pejabat Triumph Malaysia di Seksyen 13 Petaling Jaya akan bertukar wajah selepas menjalani proses renovasi yang dijadualkan berjalan selama dua bulan sebelum memulakan operasinya pada suku pertama 2023.

Mengulas lanjut, Ketua Eksekutif Fast Bikes, Datuk Razak Al-Malique Hussain berkata semua cawangan Fast Bikes yang lain di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu juga akan dihentikan beroperasi.

Kerjasama Fast Bikes, Triumph berakhir 14 Januari 2023, ubah jadi Honda Big Wing! 02

Sementara itu, sebagai kelegaan buat pemilik motosikal Triumph di Malaysia, pihak Triumh Motorcycles UK dan wakilnya di Malaysia akan bertanggungjawab memenuhi segala terma dan syarat terhadap motosikal jenama itu yang masih dalam tempoh jaminan. 

Begitupun untuk motosikal yang sudah tamat tempoh jaminan, Fast Bikes bersedia memberi khidmat nasihat membabitkan servis dan aspek teknikal.

Kerjasama Fast Bikes, Triumph berakhir 14 Januari 2023, ubah jadi Honda Big Wing! 03

Sebagai info, Fast Bikes mula beroperasi pada 2010 dan secara bersendirian serta bertanggungjawab menaikkan semula jenama Triumph Motorcycles di Malaysia.

Dan sepanjang tempoh 12 tahun, antara kejayaan dicapai Fast Bikes adalah menjadikan Triumph sebagai jenama kedua terbesar di Malaysia dari segi saiz pasaran kategori motosikal premium 500 cc dan ke atas.

Juga baca: Triumph Trident 660 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 43,900

Kerjasama Fast Bikes, Triumph berakhir 14 Januari 2023, ubah jadi Honda Big Wing! 04

Malah, jualan Fast Bikes untuk Triumph Motorcycles di Malaysia juga meningkat dua kali ganda antara 2019 dan 2022 dengan tempahan yang memberangsangkan.

Sebelum ini, kami di WapCar pernah mengeluarkan laporan salah satu syarikat pengedar motosikal terbesar di negara ini bersedia untuk meningkatkan portfolionya. Jadi, adakah 'mereka' yang akan mengambil alih tugas Fast Bikes di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Sumber imej: FB Triumph Motorcycles MalaysiaTriumph Fastbikes Flagship Store.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda