window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD: EV CKD di Malaysia mungkin boleh, tetapi semuanya bergantung pada dasar kerajaan

Zamil Syaheer · Dec 14, 2022 11:00 AM

BYD: EV CKD di Malaysia mungkin boleh, tetapi semuanya bergantung pada dasar kerajaan 01

BYD telah memasuki Malaysia secara rasmi melalui syarikat yang baru ditubuhkan bernama BYD SD Motors Malaysia, anak syarikat di bawah kumpulan syarikat Sime Darby.

BYD: EV CKD di Malaysia mungkin boleh, tetapi semuanya bergantung pada dasar kerajaan 02

Model pertama yang diperkenalkan oleh BYD ialah BYD Atto 3, sebuah SUV elektrik yang bersaiz lebih kurang Proton X50. Harga Atto 3 bermula dari RM 149,800, menjadikannya salah satu kenderaan elektrik (EV) paling mampu milik di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BYD: EV CKD di Malaysia mungkin boleh, tetapi semuanya bergantung pada dasar kerajaan 01

Semasa sidang akhbar itu, kami bertanya kepada BYD sama ada mereka mempunyai rancangan untuk memasang (CKD) rangkaian model mereka di sini.

Baca juga: BYD Atto 3 dilancar di Malaysia - dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

BYD: EV CKD di Malaysia mungkin boleh, tetapi semuanya bergantung pada dasar kerajaan 02

Menurut jurucakap BYD, rancangan untuk CKD bergantung kepada inisiatif kerajaan.

Dengan itu, jika BYD ingin mengambil kesempatan daripada tempoh bebas cukai untuk memasang EV tempatan di Malaysia, mereka perlu cepat kerana pengecualian cukai import dan cukai eksais sah dari 1-Januari 2022 hingga 31-Disember 2025, lebih kurang 36 bulan lagi.

Baca juga: BYD Atto 3 berjaya tarik sehingga 4.5k rakyat Malaysia untuk mencubanya!

Insentif cukai untuk BEV, Malaysia
  CKD CBU
Cukai import 0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2025
0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2023
Cukai eksais 0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2025
0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2023
Cukai jualan 0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2025
5% sehingga 30-Jun 2022,
10% selepas
Cukai jalan RM 0
15-Feb 2022 - 31-Dis 2025
Cukai pendapatan peribadi Rebat sehingga RM 2.5k untuk perbelanjaan perkakasan / perkhidmatan pengecasan BEV

Pengecualian cukai import dan cukai eksais bagi kereta import sepenuhnya (CBU) ditetapkan untuk tamat tempoh pada 31-Disember 2023.

Tambahan pula, kami juga bertanya kepada BYD jika mereka mempunyai rancangan untuk memperkenalkan lebih banyak model di Malaysia. Mereka menjawab dengan “Kami tidak akan berhenti di sini [dengan Atto 3]. Semestinya, kami akan memperkenalkan lebih banyak model pada masa akan datang. Untuk model mana yang kami akan lancarkan di sini] pula, kami sedang melakukan penilaian. Apabila tiba masanya, kami pasti akan berkongsi dengan anda semua.”

BYD: EV CKD di Malaysia mungkin boleh, tetapi semuanya bergantung pada dasar kerajaan 03

Walau bagaimanapun, pasaran Malaysian tidak akan mendapat sedan BYD Han EV dan SUV BYD Tang EV, memandangkan BYD tidak mempunyai rancangan untuk versi pemanduan sebelah kanan model yang disebutkan di atas. Tidak kisahlah Malaysia, pasaran yang lebih besar seperti Australia juga akan terlepas daripada Han dan Tang.

"Semua yang kami bawa dalam pasaran pemanduan kanan adalah pada platform 3.0 atau platform masa hadapan. Han dan Tang dibina pada platform berbeza yang tidak dijual di pasaran pemanduan kanan," kata Luke Todd, pengarah urusan EVDirect, pengimport dan pengedar BYD Australia.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda