window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK?

Khairil · Dec 20, 2022 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 01

Hafizh bersama Midori Moriwaki. Sumber imej: FB Mie Racing Japan

Pada musim depan, Malaysia secara rasmi memiliki dua wakil beraksi di WSBK iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dalam kelas perdana, WorldSBK dan Adam Norrodin dalam kelas pertengahan, WorldSSP.

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 02

Adam bersama Midori Moriwaki. Sumber imej: FB Mie Racing Japan

Kedua-duanya akan menunggang jentera berprestasi tinggi keluaran Honda (CBR1000RR-R dan CBR600RR) dan menunggang bersama pasukan berpangkalan di Jepun, MIE Racing Honda dan MIE MS Racing Honda.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah WSBK adalah pada tahun 2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

 

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 03

Perlumbaan WSBK 2016 di SIC. Sumber imej: FB Kawasaki Deutschland

Ketika itu, Malaysia mempunyai 'hero tempatan' iaitu Zulfahmi Khairuddin yang beraksi bersama pasukan Orelac Racing VerdNatura menggunakan jentera Kawasaki ZX-6R dalam kelas kedua, WorldSSP.

Juga baca: Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP!

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 04

Zulfahmi ketika berlumba dengan pasukan Orelac Racing VerdNaturaSumber imej: FB Zulfahmi Khairuddin

Tetapi malangnya, tahun itu menjadi tahun terakhir WSBK dianjurkan di Malaysia selepas ia kembali pada tahun 2014.

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 05

Zulfahmi Khairuddin

Seperti diketahui, antara sebab mengapa SIC menganjurkan WSBK adalah berikutan adanya pelumba negara beraksi di kejuaraan berkenaan di mana Zulfahmi mula beraksi bermula pada musim 2015 sebelum kontrak penganjuran itu tidak disambung kerana kurangnya minat ditunjukkan peminat tempatan yang mengakibatkan kerugian kepada SIC.

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 06

Perlumbaan WSBK 2016 di SIC. Sumber imej: FB Kawasaki Deutschland

Perkembangan terbaharu pada awal tahun ini, bos SIC, Azhan Shafriman Hanif dalam satu laporan berkata kekangan bajet menghalang perlumbaan WSBK untuk dianjurkan di Malaysia tetapi Ketua Pegawai Eksekutif SIC itu tidak menolak kemungkinan itu jika pihaknya menerima peruntukan yang sewajarnya.

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 07

Sumber imej: FB Mie Racing Japan

Tahun depan, perlumbaan WSBK dijadual berlangsung sebanyak 12 pusingan namun menariknya, gelanggang untuk pusingan ke-12 itu yang dijadual pada bulan Oktober masih berstatus 'TBA' (Akan diumumkan kelak).

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 08

Sumber imej: FB Adam Norrodin

Jadi ada peluang untuk WSBK kembali dianjurkan semula tahun depan dengan SIC mengisi 'kekosongan' itu, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK? 09

Sumber imej: worldsbk.com

Juga baca: WSBK kembali ke Malaysia? Ini kata-kata bos SIC

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda