window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras!

Khairil · Dec 21, 2022 06:30 PM

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 01

Seperti dijangka, Ducati Malaysia enggan menunggu lama untuk membawa masuk penawaran 'lasak' terbaharu jenama berkenaan dengan mengumumkan kehadiran Ducati DesertX (2023) untuk pasaran tempatan dan datang pada harga jualan menarik, RM 112,900 (asas).

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 02

Melakukan debut global di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu, Ducati DesertX tampil sebagai penawaran 'terlasak' Ducati setakat ini sehingga diberi julukan 'Dirtiest Ducati'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Ducati Panigale V4, V4 S (2022) dah tiba di Malaysia, harga bermula RM 145.9k!

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 01

Berikutan julakannya itu, ia menjadi antara model yang paling dinantikan dengan kehadirannya di Malaysia pantas mengikuti dua lagi pasaran besar Asia Tenggara iaitu Indonesia dan Thailand.

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 02

Dan seperti dijangka, sekalipun dijual pada angka agak 'wow' RM 112.9k (asas), menurut Ducati Malaysia, 'batch' pertama Ducati DesertX yang diperuntukkan untuk pasaran tempatan sudah pun habis ditempah.

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 03

Menurut Ducati, DesertX 2022 memang dibangunkan untuk menjadi jentera yang fokus terhadap prestasi di laluan lasak dan mencabar dengan rekaan mengambil inspirasi daripada model Cagiva Elefant yang pernah bersaing di perlumbaan Rali Paris-Dakar di era 80-an dan 90-an.

Juga baca: Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k!

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 04

Mengulas trenkuasa, Ducati DesertX dikuasakan enjin bersesaran 937 cc (Testastretta 11°, L-Twin), 2 Silinder, 4 Injap Per Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah di angka 110 Hp pada 9,250 rpm dengan tork 92 Nm pada 6,500 rpm dan dipadankan dengan sistem canggih 'Ride-by-wire', Ducati DesertX menawarkan enam mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally selain Mod Kuasa.  

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 05

Seperti model-model aras perdana Ducati lain, ia turut mempunyai bantuan tunggangan elektronik merangkumi 'Wheelie Control', 'Engine Brake Control', 'Cruise Control' dan 'Ducati Quick Shift' up/down dengan ciri 'low rpm'.

Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork jenis terbalik (USD) 46 mm KYB boleh laras penuh dengan penyerap hentak tunggal KYM juga dengan ciri boleh laras sepenuhnya.

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 06

Sistem brek depan menggunakan cakera berkembar 320 mm dengan brek Brembo M50 4 Piston dengan brek cakera tunggal bersaiz 265 mm bersama kaliper Brembo 2 Piston dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) termasuk Cornering ABS.

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 07

Set tayar, seperti jentera lasak lain adalah menggunakan rim jejari bersaiz 21 inci (depan) dengan set tayar 90/90 manakala rim belakang bersaiz 18 inci dengan set tayar 150/70.

Juga baca: Ducati Malaysia dapat pengiktirafan global, menang 3 anugerah berprestij 'Dealer Conference' di Itali!

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 08

Turut menarik adalah di bahagian kluster instrumen dengan Ducati DesertX dilengkapi panel instrumen TFT 5 inci berwarna yang diposisi secara menegak dan menurut Ducati, sistem yang digunakan untuk mengawal tetapan dengan amat mudah.

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 09

Informasi lain adalah seperti jarak lega bumi 250 mm, ketinggian pelana 875 mm namun menurut Ducati boleh direndahkan kepada 245 mm menerusi kit aksesori merendahkan susupensi, berat (kurb) 223 kg dan kapasiti tangki bahan api berkapasiti 21 liter.

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 10

Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan lampu LED sepenuhnya termasuk DRL, soket pengecas USB, soket 12V, Steering Damper dan lampu signal dengan ciri batal sendiri.

Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras! 11

Untuk pasaran tempatan, Ducati Malaysia turut menawarkan beberapa pakej aksesori berbeza bersama penawaran harga menarik dengan perinciannya akan diumumkan kelak.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda