window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton dah hantar 2,610 unit kenderaan ke Pakistan, pasaran eksport terbesar diikuti Afrika Selatan dan Brunei!

Haris · Dec 23, 2022 01:00 PM

Proton dah hantar 2,610 unit kenderaan ke Pakistan, pasaran eksport terbesar diikuti Afrika Selatan dan Brunei! 01

Pakistan kekal menjadi pasaran terbesar Proton dengan hampir 52 peratus model eksport di hantar ke negara tersebut.

Selepas beroleh volum jualan yang berganda pada tahun 2021, jualan eksport Proton terus berkembang pada tahun 2022. Jumlah eksport sehingga akhir bulan November berjumlah 5,028 unit dan dengan baki satu bulan sebelum tahun ini berakhir.

Bahagian Jualan Antarabangsa Proton dilaporkan optimis dapat meningkatkan lagi angka tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton dah hantar 2,610 unit kenderaan ke Pakistan, pasaran eksport terbesar diikuti Afrika Selatan dan Brunei! 01

Pakistan kekal sebagai pasaran terbesar dengan 2,610 unit setakat tahun ini. Afrika Selatan adalah yang kedua terbesar dari segi jumlah walaupun merupakan tambahan terkini ke dalam senarai eksport, manakala Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga.

Bagi kedudukan model, Proton Saga kekal sebagai tawaran paling popular manakala Proton X70 telah meningkat hampir dua kali ganda jumlahnya tahun ini. Sementara itu, Proton X50 berada di tempat ketiga tetapi telah meningkat tahun ini sebanyak tiga kali ganda setakat ini.

“Volum eksport Proton terus berkembang secara agresif apabila kami memasuki lebih banyak pasaran baharu dan mewujudkan gabungan strategi CBU dan CKD yang bergantung kepada keadaan pasaran.

Baca: Afrika Selatan menggemari Proton X70 dan X50, cecah 1,000 unit eksport dalam 2 bulan!

Proton dah hantar 2,610 unit kenderaan ke Pakistan, pasaran eksport terbesar diikuti Afrika Selatan dan Brunei! 02

"Jualan eksport adalah salah satu tonggak pertumbuhan jualan kami dan oleh itu, kami akan berusaha untuk terus berkembang secara agresif pada tahun-tahun akan datang dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeksport utama kenderaan untuk Malaysia," kata Steven Xu.

Proton menambah Afrika Selatan ke dalam senarai destinasi eksportnya sejak May 2022, yang kini berjumlah 7 negara - Nepal, Afrika Selatan, Mesir, dan Brunei mengimport kereta siap (CBU) manakala Pakistan, Kenya, Bangladesh memasang tempatan (CKD) mereka. Sri Lanka akan menyertai senarai tersebut akan datang.

Ketika waktu kemuncaknya pada tahun 2010 (tahun kewangan), Proton mengeksport sekitar 22,000 kereta (termasuk kit CKD), ke pasaran termasuk UK dan Australia. Jenama quasi-nasional ini sejak itu telah ditolak keluar dari pasaran utama ini oleh jenama buatan Korea dan China.

Baca: Spyshot: Proton X50 diuji di Thailand, Proton bakal kembali ke sana?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda