Toyota Innova Zenix yang dirasmikan di Indonesia baru-baru ini dijangka menembus beberapa pasaran terdekat. Antaranya seperti Malaysia dan juga Thailand. Mengenai Thailand, harga varian teratas di sana nanti dijangka bertindih dengan Toyota Fortuner varian permulaan.
Bagi anda yang belum tahu, salah satu kenderaan teksi di Thailand adalah Toyota Fortuner. Tetapi dengan Innova Zenix yang memiliki pelbagai kekuatan dan kelebihan, ia sendiri mungkin boleh mengganti tempat SUV tersebut. Nak tahu sebab apa?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
1. Gaya yang lebih mewah
Kali ini, Innova tampil dengan imej ala SUV yang mana ia bukan setakat mengikut trend semasa, malah MPV ini juga memberikan imej yang praktikal macam Toyota Fortuner. Pada masa yang sama, gayanya sendiri nampak lebih mewah daripada Toyota Fortuner.
2. Asas TNGA
Dengan penggunaan platform TNGA, Innova Zenix telah menggugurkan casis ladder-frame yang turut diguna pada Toyota Fortuner. Bagi anda yang belum tahu, casis tersebut sememangnya ada kompromi dari segi getaran dan keselesaan. Jadi, kalaulah teksi di Thailand menggunakan Innova Zenix, pemanduannya pasti lebih selesa berbanding Fortuner. Di samping itu, jarak roda platform TNGA yang lebih panjang juga menawarkan ruang kabin yang lebih luas.
3. Kelengkapan yang pelbagai
Sebagai kenderaan 7 penumpang keluarga yang dicipta dari alaf baru, Toyota Innova Zenix juga lengkap dengan pelbagai ciri moden. Antaranya seperti kluster digital, brek parkir elektrik, bumbung suria panoramik serta kabin yang nampak jauh lebih premium. Malah, tempat duduk baris keduanya juga ada pilihan jenis kapten yang mana penumpang teksi pasti akan lebih berpuas hati. Tidak lupa juga dengan ciri keselamatan ADAS yang lebih canggih.
Sumber: AutoFun ID
Juga baca: Hibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia!
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });