window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual

Faisal · Sep 17, 2020 10:05 AM

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 01

Sejak dipertontonkan secara samar dalam video acah pada bulan Mei yang lalu, ia telah menjadi perbualan hangat terutama buat warisan kereta sport "Z". Ia bakal dikenali sebagai Nissan 400Z. Buat masa ini, Nissan hanya mempertontonkan Nissan Z Proto yang bakal menjadi kereta Z yang baru.

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 02

Seperti namanya, ia masih sebuah prototaip. Malah Nissan juga belum memanggilnya sebagai 400Z.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 01

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 02

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 03

Secara keseluruhan, reka bentuk Z Proto mengambil inspirasi daripada beberapa kereta Z yang terdahulu. Ia kelihatan mirip Z yang pertama iaitu S30 (Datsun 240Z, kemudian sebagai 260Z dan 280Z).

Dengan hud hadapan yang panjang, lampu hadapan yang berbentuk bulat, bumbung yang ditarik secara selari dari bahagian hadapan ke belakang, dan lampu belakang yang bersegi empat, tidak menafikan bahawa ia sebuah kereta Z yang masih mengikuti warisan yang cukup gagah dalam arena automotif.

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 04

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 05

Pada masa yang sama, Z Proto mengambil inspirasi daripada model 300ZX Z32 yang hangat pada era 90-an. Tanda yang paling ketara ialah pada reka bentuk dan perincian lampu belakang walaupun Z Proto sudah menggunakan unit LED.

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 06

Selain itu, Z proto didatangkan dengan warna kuning serta bumbung berwarna hitam yang jelas diilhamkan daripada 300ZX.

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 07

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 08

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 09

Pada bahagian dalam, Z Proto direka untuk memberikan ruang yang selesa dengan sentuhan teknologi yang moden dan olahan bentuk yang klasik.

Dengan paparan instrumen kluster digital 12.3 inci serta roda stereng yang kelihatan vintaj, gabungan sentuhan moden dan retro memberikan rupa paras kabin yang unik.

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 10

Z Proto didatangkan dengan enjin V6 twin-turbo yang dikemaskini. Ia dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual. Nissan belum mengumumkan sebarang angka tetapi kami menjangkakan bahawa ia mempunyai format 3.0 liter V6 yang menghasilkan 405 PS dan 475 Nm tork.

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 11

Dari segi perkembangan teknologi, Nissan belum memberikan sebarang maklumat mengenai tren kuasa hibrid atau elektrik. Walau bagaimanapun, Nissan menjanjikan bahawa kereta Z baharu akan memberikan pengamalan pemanduan kereta sport yang sebenar.

Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual 12

Untuk pengetahuan anda, Nissan 370Z telah berada di pasaran selama 11 tahun semenjak diperkenalkan pada tahun 2009 yang lalu. Dengan Z Proto, bolehkah Nissan kembalikan keghairahan kereta Z yang cukup ikonik dalam dunia kereta sport?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda