window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda

Zamil Syaheer · Nov 11, 2020 06:00 PM

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 01

Antara komponen keselamatan yang paling penting untuk setiap kereta adalah sistem brek. Jika pemandu tidak boleh memberhentikan kereta secara efektif, memang tak heran jika terjadinya kemalangan.

Sistem brek adalah sebahagian daripada servis penyelenggaraan pencegahan yang menyeluruh bagi memastikan kecekapan keseluruhan sistem brek kereta anda.

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat pelbagai komponen untuk sesebuah sistem brek seperti kaliper brek, pad brek, piston brek, pin, dan sebagainya.

Tapi tahukah anda komponen brek yang selalu terabai adalah cakera brek (brake disc)? Memang ianya adalah amalan rutin untuk memeriksanya sekali dengan komponen brek yang lain, tetapi bagaimana nak tahu bila kena ganti?

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 01

Dalam rencana kali ini, kami huraikan 6 cara mudah untuk mengetahui samaada anda perlu menggantikan cakera brek anda.

1. Retak yang kelihatan

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 02

Alamak. Imej dari Swedespeed.

Sistem brek kerapkali melalui proses kitaran haba. Apabila anda memijak pedal brek, geseran yang berlaku untuk memberhentikan kereta menghasilkan haba.

Selalunya cakera brek berventilasi agar ia dapat disejukkan sebelum anda menggunakan ia semula untuk berhenti. Kitaran yang kerap ini dapat meletihkan logam dan menyebabkannya retak.

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 03

Cakera brek berprestasi dengan lubang penyejukkan sebegini lagi senang retak. Imej dari 2009GTR.

Perkara terburuk yang boleh berlaku adalah ketika cakera brek sangat panas dan kemudian disejukkan dengan cepat, seperti ketika anda berjalan di air banjir atau mencuci kereta sebaik sahaja memandu dengan semangat.

Pengembangan dan pengecutan logam yang cepat disebabkan oleh perubahan suhu secara tiba-tiba akan menyebabkannya retak. Apabila retakan dapat dilihat, sudah tiba masanya untuk mengganti cakera brek.

2. Sumbing

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 04

Kena batu kot. Imej dari Bimmerpost.

Sumbing mungkin disebabkan oleh perlanggaran atau serpihan jalan raya ke ruang roda (wheel well). Ia perkara yang jarang berlaku, tetapi boleh terjadi. Ia juga disebabkan oleh retakan yang sebelum ini diabaikan.

Cakera brek yang sumbing boleh menyebabkan kehausan pad brek pramatang, kerosakan pada bahagian lain, atau paling teruk, kegagalan sistem brek itu sendiri

3. Haus

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 05

Sampai pad brek pun makan.

Garisan alur bulat di permukaan cakera brek adalah normal. Ianya terjadi apabila terdapat kotoran di antara pad brek dan cakera brek. Untuk menyelesaikannya, anda hanya perlu membersihkan permukaan diantara pad brek dan cakera brek.

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 06

Imej dari Motorverso.

Cakera brek yang makin menipis harus diganti. Manual servis kereta harus mempunyai maklumat mengenai ketebalan minimum cakera brek atau ada ukiran pada cakera itu sendiri.

Sekiranya cakera brek mempunyai bibir yang kelihatan di tepi di mana ia menyentuh pad, anda boleh lihat dengan jelas bagaimana pad brek telah memakan permukaan cakera itu sendiri.

4. Tak sama tebal

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 07

Imej dari Motoring File.

Selalunya anda boleh rasa keadaan sebegini sebab kadang-kadang ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar mahupun diukur. Sekiranya pad brek menempel pada permukaan cakera yang tidak rata, anda boleh rasakan getaran di stereng, pedal brek, atau keduanya.

Getaran brek dan bunyi bising yang dihasilkannya adalah lebih jelas ketika anda brek pada kelajuan yang lebih tinggi, macam cakera brek yang sudah bengkok.

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 08

Endapan bahan pad brek yang tidak rata pada permukaan rotor akan mendorong pembentukan ‘cementite’, produk sampingan bahan pad dan logam pemutar yang terikat bersama oleh haba.

Anda boleh saja ‘skim’ cakera brek anda untuk menjimatkan kos, tetapi selalunya harga cakera brek baru pun tidaklah mahal sangat. Pad brek baru yang tidak melalui proses ‘running-in’ yang betul akan menyebabkan masalah ini juga.

5. Karat

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 09

Jangan risau, ini perkara biasa.

Karat di permukaan cakera brek adalah perkara biasa kerana besi dioksidakan oleh udara lembap. Namun, pembentukan karat yang ketara dengan pemisahan serpihan adalah berbahaya.

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 10

Tapi kalau dah sampai macam ni, tukar oi!

Ini bermaksud karat meluas jauh dan telah menjejaskan integriti struktur bahan cakera brek itu sendiri. Ia akan pecah, bukan berhenti, apabila tekanan yang cukup dikenakan.

6. Kecekapan brek

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 11

Sekiranya anda menyedari bahawa brek kereta anda tidak berfungsi dengan berkesan dan memerlukan tekanan pedal yang lebih banyak untuk menghentikan kereta, kemungkinan besar cakera brek anda tidak memberikan daya tahan yang cukup untuk menghentikan tenaga kinetik pada roda berputar.

Ia telah menjadi terlalu lembut sehingga pad brek (walaupun baru sekalipun) tidak dapat melekap padanya dengan betul.

Konklusi

6 cara nak tahu bila kena tukar ‘disc brake’ kereta anda 12

Sememangnya ramai yang terlepas pandang tentang cakera brek ini. Kami harap anda dapat menjadi pemilik kereta yang bijak dan lebih bertanggungjawab untuk memeriksa dan menyelenggara sistem brek anda kerana ianya satu-satunya kelengkapan untuk anda memberhentikan kereta.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda