window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023!

Haris ยท Dec 29, 2022 12:30 PM

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 01

Peminat kenderaan elektrik dijangka akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk model EV baharu pada tahun 2023.

Menurut hasil kajian penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, segmen EV masih positif dan menarik dengan lebih banyak EV yang bakal ditawarkan oleh pengeluar untuk pasaran tempatan pada tahun depan.

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika ini Sime Darby dilihat sebagai perintis kepada industri kenderaan elektrik di Malaysia, di samping merupakan pemegang pasaran terbesar.

Jenama kenderaan seperti BMW, MINI, Hyundai dan Porsche yang di bawa ke Malaysia oleh konglomerat itu kini mengalami pertumbuhan jualan yang baik hasil daripada inisiatif untuk membawa masuk kenderaan elektrik ketika pengeluar lain belum bersedia.

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 01

BMW iX1 xDrive 30 dijangka bakal diperkenalkan 2023

Setakat tahun 2022, BMW telah mengumumkan bahawa jualan kenderaan elektrik (EV) kini telah menyumbang sehingga 10 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaannya di Malaysia.

Sime Darby turut melakukan kerjasama dengan jenama elektrik terlaris di China iaitu BYD dengan pelancaran BYD Atto 3 telah diselesaikan tahun ini.

Baca: BYD Atto 3 dilancar di Malaysia - dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 02

Sungguhpun begitu, tahun 2023 adalah tempoh di mana lebih ramai pengeluar akan menceburkan diri dalam industri kereta elektrik. Berikut adalah senarai antara beberapa model kereta elektrik baharu yang dijangka masuk ke Malaysia tahun depan.

  1. BMW i7
  2. BMW iX1
  3. Lexus UX 300e
  4. Nissan Ariya
  5. Peugeot e-2008
  6. Smart #1
  7. Toyota bZ4X
  8. Volkswagen ID.4

Baca: Proton tubuh subsidiari baru Pro-NET bagi jualan, pengedaran Smart EV dan jaringan pengecas di Malaysia!

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 03

Diedarkan oleh Proton Edar melalui Pro-NET

Selain daripada model-model yang disebutkan di atas, beberapa model lain turut dilihat berpeluang untuk dilancarkan pada tahun 2023 seperti BYD e6 dan BYD Dolphin.

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 04

Lexus UX 300e

Pengeluar kenderaan juga kini sedang memerhatikan sebarang insentif yang bakal diumumkan oleh kerajaan untuk kereta elektrik. Malah, beberapa syarikat turut mempunyai perancangan untuk memasang kenderaan elektrik di Malaysia.

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 05

Nissan Ariya

Malaysia melalui Bajet 2022 memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan EV. Pengecualian cukai jalan sehingga 100% juga diberikan.

Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023! 06

Volkswagen I.D 4

Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

Kesemua insentif ini bakal dilanjutkan setahun lagi melalui Bajet 2023 di mana sidang untuk meluluskan bajet ini hanya akan dilakukan pada Februari 2023 kelak.

Baca: EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda