window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi!

Mersita · Dec 31, 2022 06:00 PM

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 01

Pasti ramai yang tak sabar menunggu kehadiran tahun baru 2023 kerana banyak SUV elektrik (EV) menarik yang akan dilancarkan di Malaysia pada tahun hadapan. Dalam entri kali ini, kami senaraikan beberapa SUV EV yang bakal menyusul di pasaran kita tak lama lagi dan mungkin anda sudah boleh buat persiapan yang sepatutnya…

BMW iX1

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 02

iX1 xDrive30 M Sport pasaran Eropah ditunjukkan

Pelengkap rangkaian elektrik BMW di Malaysia, iX1, akan didebut secara global seiring dengan BMW X1 serba baru pada Jun 2023.

Memandangkan rangkaian EV BMW kini sudah cukup lengkap, tak mustahil yang ia juga akan dilancarkan di negara kita.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 01

iX1 xDrive 30 biasa, tanpa naiktaraf M Sport

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 02

Menguasakan BMW iX1 xDrive30 adalah sepasang motor elektrik – salah satu motornya di gandar hadapan dan satu lagi di belakang. Kedua-dua motor elektrik di dalam BMW iX1 xDrive30 menjana 200 kW, atau sehingga 230 kW (313 PS) dengan fungsi ‘boost’ sementara. Kadar tork maksimanya ialah 494 Nm.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 03

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 04

BMW iX1 xDrive30 menyokong pengecasan AC pada kadar sehingga 11 kW, yang boleh dinaikkan jika mahu sehingga 22 kW (dengan AC tiga fasa). Dengan pengecasan pantas DC, iX1 boleh dicas semula pada kadar sehingga 130 kW.

Oleh itu, bateri 64.7 kWh-nya boleh dicas penuh dari 0-100% dalam masa 6.5 jam, atau dari 10-80% dalam masa hanya 29 minit.

Dengan cas bateri penuh, iX1 dikatakan boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 438 km (berdasarkan kitaran WLTP).

Lexus UX 300e

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 05

Model yang sudahpun memasuki pasaran Thailand dan Indonesia ini merupakan salah satu BEV yang bakal tampil di pasaran Malaysia pada 2023 nanti – tak lain tak bukan, Lexus UC 300e.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 06

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 07

Beberapa varian di pasaran negara lain dapat tempat duduk menarik ini. Berminat?

Bagi pasaran Indonesia, ia diimport (CBU) dari Jepun, dan seperti model-model Lexus lain yang dijual di sini, kita boleh jangkakan aturan yang sama. SUV elektrik sepenuhnya dengan pacuan roda hadapan ini dikuasakan oleh motor 203 PS/300 Nm.

Juga baca: Lexus UX 300e 2023 - kini dengan bateri 72.8 kWj, jarak pandu 40% lebih jauh, casis lagi mantap!

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 08

Kuasanya datang dari pek bateri litium-ion 72.8 kWh (dinaiktaraf tahun lepas), yang boleh mencapai jarak perjalan sejauh 450 km pada kitaran WLTP. Apabila dicas menggunakan DC 50 kW, SUV ini hanya perlu 50 minit untuk mencapai 80% dari bateri kosong.

Nissan Ariya

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 09

Diperkenalkan buat julung kalinya pada 2021, Nissan Ariya boleh didapati dengan trenkuasa 2WD atau AWD (e-4ORCE) yang masing-masing menampilkan motor tunggal atau dwi-motor, serta dua pilihan bateri.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 10

Varian bateri 65 kWh menawarkan jarak pemanduan maksima 450 km (2WD) manakala bateri lebih besar 90 kWh menawarkan pemanduan sejauh 610 km bagi model 2WD. Model-model AWD selalunya mempunyai jarak pemanduan 20-30 km lebih pendek, bergantung kepada varian.

Juga baca: ETCM acah model pelancaran 2022 dalam iklan, EV Nissan Ariya bakal masuk Malaysia?

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 11

Jika pengecas pantas DC 130 kW digunakan, Ariya boleh mencapai jarak 375 km setelah dicas selama 30 minit menggunakan format soket CHAdeMO Jepun. Pengecasan AC maksima berada pada kadar 7.2 kW.

Peugeot e-2008

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 12

Dibangunkan berdasarkan 2008 biasa, Peugeot e-2008 mempunyai kuasa 136 PS dan tork 260 Nm – dikuasakan oleh pek bateri 50 kWh.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 13

Pada ujian kitaran WLTP, Peugeot mendakwa yang e-2008 menawarkan jarak pemanduan sehingga 345 km – lebih jauh berbanding Mazda MX-30 dan Hyundai Kona (e-Lite dan e-Plus).

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 14

Peugeot e-2008 mempunyai sambungan CCS Type 2 yang menyokong sehingga 100 kW untuk pengecas pantas DC. Jika pengecas DV digunakan, cas selama 30 minit membolehkan bateri mencapai kapasiti 80%.

Juga baca: Peugeot e-2008 - bakal lancar di M'sia pada Q4 2022, masih nak Hyundai Kona EV & Mazda MX-30?

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 15

Jika pengecas DC tiada, ‘trickle charging’ menggunakan wallbox single-phase 7.4 kW mengambil masa 8 jam untuk mengecas penuh e-2008 ini.

Smart #1

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 16

Sebagai EV pertama yang bakal dijual oleh Proton Edar, Smart #1 merupakan hasil pertama dalam usahasama Geely-Mercedes Benz. Nama kereta ini disebut sebagai "Hashtag One".

Model separa hatchback, separa SUV ini dibangunkan di atas platform Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely – sama seperti Zeekr 001 dan Geely Radar RD6.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 17

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 18

Ketiga-tiga varian Smart #1 dikuasakan oleh satu motor elektrik yang dipasang pada gandar belakangnya, menjana 272 PS dan 343 Nm. Motor elektrik ini dibekalkan kuasanya oleh pek bateri 66 kWh.

Jarak perjalanan yang boleh dicapai dengan cas penuh adalah antara 535 - 560 km, bergantung pada varian.

Juga baca: Smart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu!

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 19

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 20

Pengecasan Smart #1 dilakukan menerusi kabel pengecas CCS Combo 2-type yang menyokong sehingga 22 kW bagi pengecasan AC dan 150 kW bagi pengecasan DC.

Pengecasan dari 5 – 80% mengambil masa 7.5 jam, manakala pengecas pantas hanya memerlukan 30 minit bagi kadar yang sama.

Toyota bZ4X

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 21

Model BEV pertama oleh Toyota bermula dengan SUV ini dan pada November lalu, ia didebut di dua negara jiran kita iaitu Thailand dan Indonesia pada minggu yang sama.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 22

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 23

Kedua-dua pasaran ini menawarkan hanya satu varian bZ4X tapi dengan susun-atur yang berbeza. bZ4X pasaran Thai hanya ditawarkan dengan konfigurasi dwi-motor, pacuan 4 roda (AWD) manakala versi motor tunggal, pacuan roda hadapan (FWD) merupakan satu-satunya varian yang ditawarkan di Indonesia.

Juga baca: EV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah!

Motor tunggal bZ4X FWD menghasilkan 204 PS dan 266 Nm, manakala varian dwi-motor AWD menghasilkan kuasa gabungan 218 PS dan 337 Nm. Kedua-dua varian ini dipadatkan dengan pek bateri litium-ion 71.4 kWh dengan jarak pemanduan 500 km bagi varian FWD dan 411 km bagi AWD.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 24

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 25

Bagaimanapun, kedua-dua varian ini menyokong pengecasan AC sehingga 6.6 kW menerusi port Type 2 dan pengecasan DC sehingga 150 kW menerusi port CCS2.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 26

Walaupun ketibaannya di Malaysia boleh dikatakan sudah sah (ibu pejabat UMWT sudahpun memasang pengecas pantas), varian mana satu dan harganya masih menjadi misteri. Tunggu sikit masa lagi…

VW ID.4

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 27

Dalam banyak-banyak model dalam senarai ini, Volkswagen ID.4 adalah yang paling sah dan sudah disaksikan di Malaysia ketika acara prebiunya berlangsung beberapa bulan lalu. Kita juga sudah disajikan dengan spesifikasi awalannya.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 28

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 29

Model VW ID.4 kita bakal ditawarkan dalam varian tunggal iaitu Pro Performance, namun harganya masih belum dapat disahkan. Angka kuasanya cukup memuaskan; motor tunggalnya dipasang di bahagian belakang kereta menjana 204 PS/310 Nm dan boleh memecut SUV ini dari 0-100km/j dalam masa 8.5 saat.

Juga baca: Spesifikasi Volkswagen ID.4 sah untuk Malaysia - ADAS penuh, 519 km, 204 PS/310 Nm

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 30

Pek baterinya berkapasiti 77 kWh menawarkan jarak pemanduan 519 km (WLTP). Ia menyokong pengecasan AC 11 kW dan pengecasan pantas DC 125 kW yang mengambil masa 38 minit untuk dicas dari 5-80%.

7 SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi! 31

Dijangka akan membanjiri jalan raya Malaysia bermula tahun hadapan

Ini dia, antara 7 SUV EV menarik yang bakal kita lihat menyusur di jalan raya kita tak lama lagi. Ini bukanlah bermaksud tiada model lain yang akan turut dilancarkan di sini kelak, namun setakat ini, inilah model-model yang sudah masuk barisan untuk pelancaran di Malaysia.

Juga baca: Peminat EV bersedia, sekurang-kurangnya 7 model EV baharu menyusul tahun 2023!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW X1 Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda