UMW Toyota Motor (UMWT) nampaknya telah menaikkan harga Toyota Corolla Cross 2023. Kalau anda nak tahu, ini model ketiga mereka yang mengalami kenaikan harga iaitu selepas Camry dan Corolla Altis.
Bermula 3 Januari 2023, harga Corolla Cross adalah seperti berikut:
Harga Toyota Corolla Cross 2023 yang dikemaskini | |||
---|---|---|---|
Varian | Harga lama (RM) | Harga baru (RM) | Perbezaan (RM) |
1.8 G | 128,303 | 130,400 | 2,097 |
1.8 V | 134,429 | 137,400 | 2,971 |
Hybrid | 139,991 | 142,000 | 2,009 |
Kalau anda nak tahu, Corolla Cross merupakan model CKD pertama Toyota yang menyaksikan perubahan harga. Berkenaan Camry dan Corolla Altis, mereka adalah model CBU.
Juga baca: Toyota kemaskini harga tahun 2023 - Corolla Altis naik RM 4k, Camry naik RM 10k!
Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa harga kereta di Malaysia bakal naik berikutan kenaikan kos bahan mentah dan matawang Ringgit yang semakin lemah. Tidak lupa juga dengan isu bekalan cip mikro.
Juga baca: Rebiu: Toyota Corolla Cross 1.8V CKD - menang di tangan Honda HR-V tapi kabin dia, alahai...
Walaupun dengan kenaikan harga, spesifikasi dan kelengkapan Corolla Cross CKD kekal sama seperti sedia ada.
Juga baca: Rebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}