![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 01]()
BMW Group Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan BMW 3 Series G20 versi facelift (LCI) ke pasaran kita. Penawaran 3 Series kali ini bermula dari harga RM 283,800 (CKD, harga di atas jalan, tidak termasuk insurans).
Perbezaan harga 3 Series G20 dengan model LCI |
Varian |
Pra-facelift |
Facelift |
320i |
RM 257,800 |
RM 283,800 |
330i |
RM 299,800 |
RM 317,800 |
330e |
RM 276,800 |
RM 298,800 |
*Harga termasuk pakej servis dan waranti lanjutan (BSRI)
Eksterior - M Sport kini datang standard
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 02]()
Secara standard, kesemua varian lengkap dengan pakej M Sport. Pembaharuan utama yang diterapkan pada model facelift adalah lampu LED depan yang direka semula, gril Kidney dan gril bampar yang lebih besar.
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 01]()
Bampar belakang turut dikemaksini dan ekzos kembar kali ini mempunyai diameter lebih besar iaitu pada 100 mm. Secara standard, kesemua varian didatangkan dengan rim 18 inci M Style 848 dwi-warna. Dari segi suspensi, ia kekal sama seperti model sebelum facelift yang mana hanya varian 330e sahaja yang menggunakan sistem adaptif. Yang lain hanya jenis M Sport pasif.
Interior - diperbaharui dengan Curved Display dan tombol gear kompak
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 02]()
Beralih ke bahagian dalam, kesemua 3 Series G20 LCI di Malaysia didominasikan oleh skrin melengkung BMW Curved Display yang berasaskan BMW Operating System 8. Ia merangkumi kluster 12.3 inci dan infotainment 14.9 inci. Dengan unsur minimalis yang BMW tekankan pada model facelift, kawalan penyaman udara juga diterapkan terus ke skrin infotainment tersebut. Standard untuk kali ini adalah sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Heads-Up Display (HUD) juga ada.
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 03]()
Satu lagi perubahan besar yang diterapkan adalah tombol gear baharu yang lebih kompak.
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 04]()
Secara amnya, unsur M Sport datang standard pada bahagian kabin 3 Series G20 LCI di Malaysia tetapi untuk varian 330i dan 330e, pembeli boleh memilih tema kulit warna Mocha.
Trenkuasa - kekal sama seperti model pra-facelift
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 05]()
Model facelift kekal dengan penawaran enjin B48 2.0L turbo pada varian 320i (184 PS, 300 Nm), 330i (258 PS, 400 Nm) dan 330e (hasil gabungan motor elektrik 109PS/265Nm menghembuskan output sebanyak 292 PS, 420 Nm).
Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan.
Keselamatan
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 06]()
![BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e 07]()
BMW 3 Series G20 LCI di Malaysia dilengkapkan standard dengan Driving Assistance Package yang merangkumi ciri:
- Lane Departure Warning dengan active steering intervention
- Lane Change Warning
- Front Collision Warning dengan brake intervention
- Rear Cross Traffic warning
- Speed Limit information
- Parking Assistant
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, "BMW 3 Series kekal sebagai model paling laku mereka. Tahun lepas sahaja, sebanyak 2,300 unit telah diserahkan". Jadi dengan ketibaan model facelift, ia dijangka meningkatkan lagi sambutan sedan eksekutif ini dalam pasaran Malaysia.
Juga baca: Pandangan pertama BMW 3 Series G20 facelift (LCI), belum terjangkit dengan 'hidung' sebesar alam
Komen