![Penangan global inflasi & kos pemasangan, harga BMW 3 Series G20 di Malaysia naik RM 26k 01]()
Seperti yang dijangka, harga BMW 3 Series di Malaysia telah naik dengan begitu banyak. Model pra-facelift varian 320i yang lalu bermula pada RM 257,800 (termasuk pakej waranti dan servis 5 tahun). Kini, harga permulaannya telah naik kepada RM 283,800.
Berdasarkan pengumuman dari BMW Group Malaysia sebentar tadi, model tahun 2023 akan naik harga kerana terdapat isu inflasi global dan kenaikan kos pemasangan.
![Penangan global inflasi & kos pemasangan, harga BMW 3 Series G20 di Malaysia naik RM 26k 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Apapun, kenaikan RM 26k pada 3 Series G20 di Malaysia mendatangkan sekali pakej M Sport. Sebelum ini, hanya varian 330i dan 330e sahaja yang ada.
Bercakap mengenai ini, varian 330e kini RM 13,137 lebih mahal. 330i pula naik RM 18,000.
Perbezaan harga 3 Series G20 dengan model LCI |
Varian |
Pra-facelift |
Facelift |
320i |
RM 257,800 |
RM 283,800 |
330i |
RM 299,800 |
RM 317,800 |
330e |
RM 276,800 |
RM 298,800 |
Menariknya, kesemua varian kini datang standard dengan skrin melengkung dan Head-up Display.
![Penangan global inflasi & kos pemasangan, harga BMW 3 Series G20 di Malaysia naik RM 26k 01]()
Kalau dilihat semula, varian 320i sekarang hadir dengan spesifikasi yang tinggi. Trenkuasanya pun bukan calang-calang kerana ia tetap menggunakan nadi 2.0L turbo B48 dan transmisi automatik 8 kelajuan ZF.
Begitu juga dengan sistem keselamatan ADAS yang mana ia turut hadir dengan ciri yang sama seperti varian atas. Apapun, 3 Series G20 LCI di Malaysia masih tidak dilengkapkan dengan kawalan pelayaran adaptif.
![Penangan global inflasi & kos pemasangan, harga BMW 3 Series G20 di Malaysia naik RM 26k 02]()
Secara amnya, kesemua varian dipasang (CKD) di Kulim, Kedah. Enjinnya pula dipasang oleh Sime Darby Auto Engineering (SDAE).
Bagi anda yang bertanya mengenai varian 330 Li dan M340i yang ada sebelum ini, satu pengumuman akan dibuat dalam tahun ini. Untuk itu, nantikan perkembangan dari kami.
Juga baca: BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen