window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Tol RM 1.56 pun tak mampu? 3 individu naik Perodua Axia 'kantoi' tak bayar tol di LKSA

Mersita · Jan 11, 2023 02:00 PM

(Video) Tol RM 1.56 pun tak mampu? 3 individu naik Perodua Axia 'kantoi' tak bayar tol di LKSA 01

Isu pemandu culas membayar tol nampak gayanya salah satu perkara yang sukar untuk dibendung dan diselesaikan oleh syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia. Ada kalanya pengguna lebuh raya ‘dikantoikan’ dengan rakaman ‘dashcam’ sehingga meraih ‘populariti’ percuma di media sosial.

Itulah yang terjadi kepada sebuah Perodua Axia berwarna merah yang curi-curi melepasi palang tol di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) tanpa bayaran. Kejadian yang dipercayai berlaku pada tengah malam Ahad lalu menunjukkan tiga individu di dalam hatchback berkenaan cuba mengekori kereta di hadapannya rapat-rapat lalu memecut laju sebelum palang diturunkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakaman video ‘dashcam’ berdurasi 15 saat itu tular di media sosial dan seperti biasa, menerima pelbagai kecaman dari netizen. Menurut Kosmo, ada pengguna Facebook yang mengatakan kadar tol di LKSA hanyalah RM 1.56 dan kejadian berlaku di Seksyen 24 Shah Alam menghala ke Kota Kemuning.

“Dalam kereta ada tiga makhluk Tuhan tapi tak mampu nak bayar,” katanya.

(Video) Tol RM 1.56 pun tak mampu? 3 individu naik Perodua Axia 'kantoi' tak bayar tol di LKSA 01

Rata-rata netizen berpendapat yang tiada hukuman setimpal dikenakan keatas pengguna yang culas membayar tol dan setiap kali ‘kantoi’, mereka hanya perlu melangsaikan jumlah tunggakan tol. Ramai mencadangkan supaya tindakan lebih tegas dikenakan – pendapat sama diutarakan bagi kes pemandu culas bayar tol 45 kali yang ditahan baru-baru ini di AKLEH membabitkan tunggakan tol bernilai RM 275.65.

Juga baca: 45 kali tak bayar tol, pemandu Mercedes-Benz kena bayar tunggakan RM 275.65 saja?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda