window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40!

Mersita · Sep 21, 2020 08:00 PM

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 01

Artikel kami sebelum ini dimana kami membongkarkan mitos yang mengatakan Proton X50 ialah Volvo XC40 didalamnya tidak begitu digemari peminat-peminat Proton.

Jika kita imbas semula, Proton X50 dibina di atas platform BMA milik Geely yang dibangunkan sendiri oleh Geely tanpa kerjasama daripada Volvo. Manakala, Volvo XC40 pula dibina di atas platform CMA yang lebih rumit. Platform CMA ini dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo melalui syarikat usaha-sama CEVT di Sweden.

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 02

Enjin 1.5T GDI 3 silinder berpengecas turbo dalam varian Proton X50 Flagship juga digunakan di dalam varian spesifikasi rendah bagi Volvo XC40 T3 yang tidak dijual di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 01

Tapi, agak tak masuk akal jika kita katakan yang X50 menggunakan enjin Volvo memandangkan kedua-dua enjin ini dibina untuk standard yang berbeza dengan aspek dalaman yang juga berbeza. Keduanya juga dibina di lokasi yang berlainan. Enjin Proton X50 dibina di loji Geely di Yiwu manakala enjin Volvo XC40 T3 pula datang dari Skövde di Sweden dan Zhangjiakou di China.

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 02

Enjin B3154T tiga silinder dalam Volvo XC40 T3

Sebagai contoh, Renault tak beritahu pelanggan Eropah mereka yang Megane menggunakan enjin Mercedes-Benz, walaupun unit enjin M282 berpengecas turbo 1.3 liter di dalam A200 dikongsi dengan Megane. Sama juga dengan Volkswagen dimana mereka tak nyatakan yang Golf gunakan enjin Porsche hanya kerana unit enjin EA888 juga digunakan oleh Macan – walaupun kedua-dua syarikat ini dibawah naungan yang sama.

Bahagian dalaman enjin dan kalibrasinya berbeza dan bagi beberapa bahagian, nombor bahagiannya juga tak sama.

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 03

Video di bawah dibuat oleh Geely Phillipines, mempromosikan enjin 1.5 TD Geely Coolray (kembar Proton X50) dengan nama pemasaran 1.5 TD yang berlainan untuk enjin 1.5 TGDI (kod nama 3G15T) yang sama.

Di dalam video ini, Geely dengan bangganya mengatakan yang 90 peratus daripada bahagian enjin tersebut dihasilkan oleh pembekal yang sama dengan Volvo. Dalam erti kata lainnya, ia bukannya enjin yang sama.

Malah, Geely menyatakan yang hanya 10 peratus daripada bahagiannya dibangunkan mengikut standard Volvo. Ini lebih masuk akal.

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 04

Berkait dengan Volvo, tapi tak sama

Memandangkan konsumer pastinya mahu segala-galanya, pengawal kos akan beritahu anda yang pelanggan Proton/Geely tidak mahu membayar harga yang sama seperti pelanggan Volvo. Oleh itu, muncullah ‘gimik’ begini.

Kejuruteraan melampau elok untuk konsumer tapi ia juga akan merugikan syarikat tersebut. Menyeimbangi kemahuan konsumer dengan kawalan kos yang ketat amat penting bagi mana-mana perniagaan untuk kekal berdaya saing.

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 05

Ya, enjin tersebut menggunakan ‘timing belt’. Hanya warga Malaysia yang jadikan perkara ini satu masalah/kriteria

Kami tak katakan yang enjin 1.5 TGDI ini tak bagus. Tapi, peminat Proton kena bertenang dan jangan terburu-buru mengaitkan Proton dengan Volvo atas apa saja perkara, sama seperti anda tak boleh nak kaitkan apa saja berkaitan Volkswagen dengan Porsche.

Geely Auto berbeza daripada Zhejiang Geely Holding, sama dengan berbezanya Volkswagen daripada Volkswagen Group. Syarikat pemegangnya memiliki beberapa jenama dan ia bergantung pada mereka untuk memastikan ada perbezaan antara jenama-jenama berasingan ini.

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 06

Jauh sekali daripada mengkritik enjin Proton X50, kami sebaliknya memuji Proton kerana memperkenalkan enjin baharu ini di dalam X50. Pernahkah enjin berkuasa 177 PS dan tork 255 Nm boleh didapati dengan harga lebih kurang RM 100 ribu (harga anggaran, belum tetap)?

2020 Proton X50 front

Kami pernah memandu-uji Geely Binyue pasaran China dan kami merasakan ia adalah satu produk yang sangat berdaya saing. Walaupun ia mempunyai enjin 3 silinder, pemanduannya masih memuaskan. Dari luarannya, bunyinya tak begitu senyap ketika ia tidak bergerak, tapi perkara ini lebih menjurus kepada aturan ‘direct injection’nya berbanding kiraan silindernya.

​​2020 Proton X50 rear

Apabila kami duduk di dalam kereta tersebut dan memandunya, ia tidak terasa seperti kereta 3 silinder. Tanpa mengira kiraan silindernya, pemanduan SUV ini jauh lebih bagus daripada pesaing-pesaingnya dalam segmen yang sama – inilah yang paling penting. Ia tidaklah seperti Volvo dan secara logiknya, anda tak boleh nak harapkan Volvo pada kereta yang harganya hanya sekitar RM 100 ribu.

Satu-satunya kekurangan yang kami jumpa pada Geely Binyue ialah ‘ride’ dan ‘handling'nya yang teruk. Pemanduannya (‘ride’) keras dan tak selesa manakala keseluruhan chassisnya – stereng dan ‘suspension’ – tidak begitu padan untuk membolehkan kami menyerlahkan potensi sebenar enjin 177 PS nya.

Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40! 09

Walaubagaimanapun, Proton telah mengesahkan yang mereka telah mengaplikasikan kepakaran mereka sendiri bagi ‘ride’ dan ‘handling’ di dalam Proton X50, dan kita semua tahu betapa bagusnya pasukan Malaysia dalam pembangunan dinamik pemanduan di Proton.

Adakah ia lebih bagus daripada Geely atau Volvo? Secara jelasnya, ya. Perlu diingatkan yang pasukan tempatan kita terpaksa menjalankan projek dengan dana yang jauh lebih kecil dan lihatlah binaan-binaan terbaik yang mereka pernah hasilkan dahulu.

Ikuti kami untuk dapatkan lebih info dan reviu Proton X50 yang akan datang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda