window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k!

Khairil · Feb 2, 2023 05:00 PM

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 01

Tepat mengikuti laporan 'jangka' sebelum ini, Kawasaki mencipta sensasi dengan melancarkan 'Sportbike' 4 Silinder terbaharunya, Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) di negara 'Uncle Sam' Amerika Syarikat (AS).

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 02

Seperti namanya, Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) adalah 'Sportbike' bersesaran rendah tapi berteknologi tinggi dan boleh dianggap 'abang' kepada Kawasaki ZX-25R, model yang bakal memasuki pasaran tempatan, tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 01

Menggunakan lencana 'RR', ia turut bermakna Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) adalah jentera yang fokus terhadap litar.

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 02

Selain Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023), Kawasaki turut mengumumkan dua lagi varian Kawasaki Ninja ZX-4R dan Kawasaki Ninja ZX-4R SE yang dijadual memasuki pasaran tidak lama lagi.

Berbalik kepada Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023), menurut Kawasaki, casis untuk motosikal ini direka daripada input yang diambil daripada program lumba Kawasaki Racing Team (KRT) yang beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 03

Di bahagian trenkuasa, Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) dipadankan dengan enjin 399 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac 'cable-actuated slip/assist' dan 'Quickshifter'.

 

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 04

Tanpa teknologi 'Ram Air', motosikal ini menghasilkan kuasa 76.4 Hp namun menggunakan sistem berkenaan, ia menghamburkan 79.1 Hp pada 15,000 rpm dan tork 35.25 NM pada 11,000 rpm.

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 05

Seperti jentera berteknologi Kawasaki yang lain, Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) yang menggunakan teknologi 'throttle-by-wire' turut dipadatkan dengan pelbagai ciri elektronik canggih seperti mod tunggangan, mod kuasa dan Kawalan Traksi dengan ciri tetapan.

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 06

Untuk mod tunggangan, Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) memiliki 4 mod (Sport, Road, Rain dan Rider) manakala mod kuasa (2), 'Low' dan 'Full' serta Kawalan Traksi (1-3 atau dipadamkan).

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 07

Kesemua tetapan ini boleh diakses menerusi panel meter TFT berwarna bersaiz 4.3 inci yang turut memiliki mod 'Circuite' jika beraksi di atas litar serta lengkap dengan sambungan telefon bimbit menerusi aplikasi 'Kawasaki Rideology'.

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 08

Di bahagian suspensi, motosikal ini menggunakan fork jenis terbalik (USD) 37 mm Showa SFF-BP (Separate Function Fork – Big Piston) dengan ciri peralasan (preload) manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal 'horizontal back-link Showa BFRC Lite' boleh laras penuh.

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 09

Sistem brek menggunakan cakera berkembar bersaiz 290 mm dengan kaliper 4 piston (depan) dan cakera tunggal 220 mm 1 piston (belakang).

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 10

Informasi penting lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api 15 liter, ketinggian pelana 800 mm, jarak lega bumi 135 mm, sistem lampu LED penuh dan set roda 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang) dengan rim aloi ringan lima jejari.

Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k! 11

Tiba sebagai model KRT Edition, motosikal ini dipadankan dengan skema warna tradisi Kawasaki Lime Green/Ebony dan dijual pada harga USD 9,699 (RM 41,041) dan mula berada di pasaran pada musim bunga ini.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda