window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard

Faisal · Feb 16, 2023 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi varian dan harga, penawaran Isuzu D-Max 2023 adalah seperti di bawah:

  • 3.0 X-Terrain 4x4 (AT) - RM 150,938.40
  • 3.0 Premium 4x4 (AT) - RM 135,638.40
  • 1.9 Premium 4x4 (AT) - RM 129,149.20
  • 1.9 Standard 4x4 (AT) - RM 111,499.20
  • 1.9 Plus 4x2 (AT) - RM 105,466.20
  • 1.9 Standard 4x4 (MT) - RM 104,099.20
  • 3.0 Single Cab 4x4 (MT) - RM 101,888.40
  • 1.9 Single Cab 4x4 (MT) - RM 94,949.20

Secara keseluruhan, harga Isuzu D-Max 2023 menyaksikan peningkatan sebanyak RM 2,000 ke RM 4,000.

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 01

Bercakap mengenai pembaharuan, differential belakang elektronik kini didatangkan standard (kecuali pada varian 4x2) dan semua varian juga diperbaharui dengan gril lebih moden yang ada sentuhan warna carbon-look. Eksklusif untuk dua varian teratas pula adalah rim 18 inci matte baru.

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 02

Selain itu, varian Premium dan X-Terrain juga menerima pilihan warna baru iaitu Islay Gray Mica dan Dolomite White Pearl.

Pembaharuan pada varian bawah seperti Standard dan Plus pula merangkumi rim 17 inci baru dan pilihan warna Sapphire Blue yang ada pada varian Standard AT, Plus AT dan Premium AT pula diganti dengan Biarritz Blue Metallic.

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 03

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 04

Masuk ke bahagian dalam, varian X-Terrain diperbaharui dengan ciri lampu ambient lighting warna biru serta trim dan jahitan berwarna Café Brown. Satu lagi pembaharuan pada varian mercu ini adalah dashcam depan dan belakang. Menariknya, dashcam depan diintegrasikan terus dengan modul ADAS (ADAS hanya ada pada varian X-Terrain).

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 05

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 06

Untuk mereka yang nak tahu, saiz kad memorinya adalah 64 GB dan rakaman boleh terus dihantar ke telefon anda secara nirwayar melalui aplikasi spesifik.

Di samping itu, varian Plus AT, Premium dan X-Terrain dikemaskini dengan pengecas nirwayar jenis pantas berkapasiti 15W. Dua varian teratas pula menambah ciri port pengecasan pantas USB-C yang terletak bersebelahan dengan bekas pengecas nirwayar tersebut.

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 07

Varian paling bawah iaitu Single Cab pula kini lengkap dengan kemasukan tanpa kunci dan soket kuasa 12V.

Secara amnya, tempat duduk pada semua varian juga menerima reka bentuk baru.

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 08

Menariknya, mungkin disebabkan permintaan, hanya varian 3.0 Premium sahaja yang menerima peningkatan pada suspensi belakang yang mana beban muatan yang boleh dibawanya telah dinaikkan daripada 580 kg kepada 775 kg.

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 09

Apapun, trenkuasa Isuzu D-Max 2023 kekal sama yang mana varian 1.9 menggunakan enjin turbodiesel yang berkuasa 150 PS/350 Nm, manakala varian 3.0 dengan output 190 PS/450 Nm. Transmisinya juga kekal dengan pilihan 6 kelajuan automatik atau manual.

Isuzu D-Max 2023 diperbaharui untuk Malaysia - kosmetik & kelengkapan dipertingkat, 'diff-lock' kini standard 10

Begitu juga dengan waranti yang mana varian X-Terrain kekal dengan penawaran 7 tahun tanpa had perbatuan, manakala yang lain selama 5 tahun / 150,000 km.

Juga bacaIsuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda