window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X!

Zamil Syaheer · Sep 29, 2020 11:56 AM

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 01

Jika anda seorang peminat sukan permotoran rali, anda mesti mengenali jentera lagenda dari Mitsubishi iaitu Lancer Evolution. Kereta ini telah meletakkan jenama Mitsubishi di mata dunia, merangkul kejuaraan Kejohanan Rali Dunia (WRC) dari tahun 1996 sehingga 1999.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 01

Inspi...Lancer Evolution X!

Sayangnya, Lancer Evolution telah melabuhkan tirai produksinya pada April 2016 dengan model Evolution 10 (Evo X), sekaligus mengakhiri lagenda kereta sedan bercas turbo dengan sistem pacuan empat roda dalam barisan Mitsubishi.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selang beberapa tahun kemudian, Mitsubishi kini muncul kembali di dalam arena sukan rali, tetapi kali ini dengan jentera rali Xpander AP4!

Ya, pencabar kepada Perodua Aruz dan Honda BR-V yang bakal dilancarkan di Malaysia ini telah dibina untuk bersaing di dalam Kejohanan Rali Asia Pacifik (APRC).

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 01

Idea untuk membina sebuah kereta rali MPV dicetuskan oleh pemandu rali Indonesia, Rifat Sungkar. Rifat berkata Xpander ialah sebuah model yang semua rakyat Indonesia boleh berkait rapat kerana ianya dibangunkan khusus untuk pasaran disana.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 02

Proses pembangunan Xpander AP4 ini bermula tahun lepas oleh Mitsubishi Ralli Art New Zealand, dimana ia dibina berdasarkan spesifikasi AP4 (Asia Pasifik 4WD), kelas tertinggi di dalam APRC yang diiktiraf oleh FIA menggantikan Group N.

Ia berada di tahap yang sama dengan kategori R5 dari FIA (ingat Proton Iriz R5?) dan kategori ini unik untuk APRC sahaja.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 03

Kos untuk menghasilkan sebuah kereta rali spesifikasi AP4 adalah jauh lebih murah dan mudah berbanding kategori R5 dari FIA kerana homologasinya tidak terlalu ketat. Ini bermakna mana-mana sahaja bengkel di Asia Pasifik boleh membinanya tanpa perlu ke Eropah.

Cuma jentera AP4 hanya dibenarkan bertanding di rantau Asia Pasifik sahaja, berbanding R5 yang boleh bertanding di seluruh dunia termasuklah WRC2.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 04

Menggunakan asas Xpander Cross, sistem suspensi telah dirombak dan diperkukuhkan bagi pemanduan rali dimana ia menggunakan unit boleh laras sepenuhnya dari jenama MCA atau Reiger (bergantung kepada SS rali samaada gravel atau tarmac). Brek depan dan belakang telah ditukar ke Brembo dengan pad jenama Endless.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 05

Beralih ke bahagian enjin pula, peraturan AP4 memerlukan kereta menggunakan enjin dengan kapasiti 1,600 cc dengan unit pengehad turbo berukuran 34mm. Berat minimum yang dibenarkan adalah 1,250 kg.

Berbekalkan peraturan ini, Mitsubishi memberikan Xpander ini suntikan Lancer Evolution X sejati dengan enjin 4 silinder berkod 4B11T yang telah dikecilkan kapasitinya dari 2.0 liter ke 1.6 liter.

Walaupun CC dah kecil, enjin ini menghasilkan 300 ke 340 PS (bergantung kepada boost) dan tork 556 Nm. Enjin standard Xpander hanya 105 PS dan 141 Nm je beb!

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 06

Kesemua kuasa dan tork ini dipacu ke kotak transmisi sequential 6 kelajuan dari Xtrac, serta sistem pacuan AWD dengan tiga unit LSD mekanikal di bahagian tengah, depan dan belakang.

Beralih ke kit badan pula, Xpander ini telah diberi fender yang 18-20 mm lebih lebar dari standard, serta cermin sisi yang lebih aerodinamik, lip depan dengan lubang untuk menyedut angin ke intercooler dan radiator, spoiler gentian karbon bagi meningkatkan tahap kestabilan Xpander AP4 ini ketika mengambil selekoh.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 07

Roda Speedline berukuran 15x7 dan tayar Dellium RG4 digunakan bagi meningkatkan tahap kestabilan Xpander AP4 ini ketika mengambil selekoh.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 08

Interior nya telah dibogelkan dan diberikan rollcage chrommoly, set pedal box Tilton, tuil brek tangan hidraulik, meter Motec PDM, cermin plexiglass, sepasang tempat duduk perlumbaan dengan tali pinggang keledar 6 poin bersama stereng dari OMP, serta butang-butang yang mengawal pelbagai fungsi lain.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 09

Untuk mendapatkan nisbah berat yang baik bagi kawalan pemanduan yang tangkas dan lincah, pengecas turbonya telah beralih ke bahagian belakang dekat dengan firewall, manakala posisi enjinnya juga jauh kebelakang.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 10

Posisi tempat duduk juga telah dibawa 20 cm kebelakang dari posisi asal. Hasilnya, Xpander ini datang dengan nisbah yang hampir sempurna ala sportscar – 50.1% di hadapan dan 49.9% di belakang.

Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X! 11

Semangat dan DNA rali memang sudah sebati dengan Mitsubishi sejak tahun 70’an, maka tidak heranlah teknologi ini diadaptasikan untuk kereta pasaran umum.

Mitsubishi Xpander bakal dilancarkan tidak lama lagi, jadi anda tahu yang sebenarnya anda membeli sebuah MPV keluarga 7 tempat duduk yang lasak, mantap, dan membawa semangat rali dari Mitsubishi.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda