window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini?

Haris · Sep 30, 2020 11:59 AM

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 01

Kereta adalah antara pembelian termahal kita. Biasanya masa selama 5, 7, atau bahkan 9 tahun diambil hanya untuk membayarnya. Sebilangan daripada kita mungkin mengambil jalan yang kurang popular dengan mengelakkan pinjaman. Apabila pengeluar kenderaan mempertimbangkan bajet pengguna yang ketat, pengeluar kenderaan telah menawarkan sebuah kenderaan spesifikasi asas atau kereta spec "kosong".

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 01

Secara asasnya, kereta bertujuan untuk membawa anda dari satu tempat ke suatu tempat lain. Kereta spec "kosong" ini mungkin merupakan kereta pertama anda, kereta syarikat atau kereta yang anda gunakan untuk belajar memandu. Kereta-kereta ini mengingatkan kita tentang permulaan kita yang sederhana. Sebagai penghargaan kepada mereka, berikut adalah kompilasi ringkas dari kereta spec "kosong" selama ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Perodua Kancil EX (660 cc)

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 01

Sumber: Mudah.my

Perodua Kancil adalah kereta paling kecil terawal di Malaysia. Enjin pada varian Kancil tidak pernah melebihi 900cc dan varian transmisi automatik merupakan sebuah pilihan mewah untuk memberikan sedikit tenaga apabila melalui kota Kuala Lumpur yang sibuk.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 02

Sumber: Housedoktor

Berdasarkan Mira L200, Perodua Kancil versi 660cc tersedia dengan transmisi manual 4-kelajuan atau 5-kelajuan.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 03

Sumber: Mudah.my

Kuasa maksimum enjin 660cc tersebut hanyalah 31 PS kuasa kuda dengan tork maksimum sebanyak 49 Nm. Ini spesifikasi yang sesuai pada zaman ketika kehidupan masih dijalani secara ringkas. Ini atau Proton Saga adalah kereta rakyat sejati?

2. Perodua Kelisa EX (850 cc)

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 04

Sumber: gti99

Perodua Kelisa terpakai berharga sekurang-kurangnya RM 6,000 pada hari ini. Ada yang mengatakan Perodua Kelisa adalah kenderaan terdekat dengan sebuah Mini Cooper asli. Kalau tak silap, Perodua Kelisa turut ditawarkan dengan edisi khas dengan dua tona warna yang meniru rupa Mini Cooper klasik yang ikonik.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 05

Sumber: gti99

Terdapat dua varian enjin kelisa - 850 cc dan 1,000 cc. Bahkan varian termurah Perodua Kelisa (EX 850) masih mempunyai harga yang agak tinggi di pasaran kereta terpakai hari ini. Perodua Kelisa berkongsi platform yang sama dengan Daihatsu Cuore dan Daihatsu Mira Gino.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 06

Sumber: Mudah.my

Seperti kebanyakan kereta spec "kosong", Kelisa dilengkapi dengan roda keluli, tidak memiliki tingkap elektrik dan transmisi manual ditawarkan secara standard.

3. Perodua Viva BX (660 cc)

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 07

Sumber: Carousell

Dengan rim 12 inci dan mesin 660cc, Perodua Viva adalah "kereta Kei" terakhir sebenar yang dijual oleh Perodua. Hari ini, enjin sesaran terkecil yang ada ialah enjin 1KR-VE pada Perodua Axia.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 08

Sumber: Carousell

Lebih berkuasa daripada Perodua Kancil, Perodua Viva mampu menjana kuasa kuda maksimum 47 PS dan tork maksimum 58 Nm.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 09

Sumber: Carousell

Kemudahan yang masih tiada pada Perodua Viva 660cc termasuklah stereng kuasa, tingkap kuasa, kunci berpusat, radio dan sensor belakang.

4. Perodua Axia E (998 cc)

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 10

Kereta terbaru yang paling murah boleh dibeli hari ini ialah Perodua Axia E. Dengan harga RM 23,367, Axia E dilengkapi dengan kelengkapan ‘mewah’ seperti tingkap kuasa dan stereng kuasa elektronik. Sebuah anjakan terbesar dari spec ‘kosong’ generasi pendahulunya.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 11

Axia (E) adalah RM 9,000 lebih murah daripada varian atasnya, Axia (G). Dengan pinjaman 5 tahun (90%), spesifikasi asas Axia adalah sekitar RM 200 lebih murah dalam konteks ansuran bulanan berbanding Axia (G).

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 12

Kekurangan ciri pada Axia E termasuklah:

  • ABS

  • Kunci jarak jauh

  • Kunci berpusat

  • Konsol tengah

  • Pengelap cermin belakang

  • Penyahkabus belakang

  • Radio

  • Tachometer

  • Julat penggunaan minyak dan meter penggunaan minyak

  • Sensor belakang

  • Pelaras ketinggian tempat duduk

Kesimpulan

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 13

Begitulah tadi senarai kereta spec kosong yang pernah mewarnai hidup kita. Setiap insan yang memandu pasti akan merasai pengalaman memandu kerete-kereta ini.

Harga kereta khas "kosong" kekal di bawah RM 25k selama ini. Kereta spec "kosong" yang lebih baru dilengkapi dengan ciri-ciri seperti stereng kuasa dan tingkap kuasa.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 14

Sedikit pengubahsuaian dapat menyelesaikan kekurangan kecil kereta asas ini seperti penambahan kunci berpusat, radio aftermarket dan mungkin, jika anda berminat, kamera pandang belakang terus.

Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini? 15

Ketiadaan ABS, bagaimanapun, adalah sesuatu yang harus berubah selepas ini. Sebilangan besar kereta "kosong" sudah dilengkapi dengan sekurang-kurangnya beg udara hadapan dan itu adalah perkara yang baik. Dengan ABS, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko perlanggaran yang mungkin terjadi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda