window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia umum subsidi tunai RM 2k jika pengguna motosikal beralih ke kuasa elektrik!

Haris ยท Mar 12, 2023 02:00 PM

Indonesia umum subsidi tunai RM 2k jika pengguna motosikal beralih ke kuasa elektrik! 01

Indonesia, salah satu ekonomi terbesar di dunia, baru-baru ini telah mengumumkan subsidi baru untuk motosikal elektrik yang akan bermula pada 20 Mac.

Subsidi itu, yang akan datang dalam bentuk bayaran tunai 7 juta rupiah (RM2,042), akan diberikan kepada setiap individu yang membeli motosikal elektrik baharu yang dibuat di Indonesia.

Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Industri, Luhut Pandjaitan berkata, insentif itu diberikan untuk pembelian motosikal baharu atau pengubahsuaian enjin pembakaran kepada kuasa elektrik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun katanya, sekurang-kurangnya 40 peratus komponen kedua-dua jenis motosikal itu harus buatan tempatan.

Indonesia umum subsidi tunai RM 2k jika pengguna motosikal beralih ke kuasa elektrik! 01

Kerajaan Indonesia berharap subsidi ini akan menggalakkan lebih ramai orang beralih kepada kenderaan elektrik, sekali gus mengurangkan pergantungan negara kepada bahan api fosil.

Pengilang juga tidak dibenarkan menaikkan harga semasa tempoh pemberian insentif itu yang akan berjalan hingga hujung tahun ini.

Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral merancang untuk menukar 5 peratus motosikal berkuasa bahan api di Indonesia kepada motosikal elektrik bateri (BEV) menjelang 2030.

Indonesia umum subsidi tunai RM 2k jika pengguna motosikal beralih ke kuasa elektrik! 02

Sumber imej: Jakartakita.com

Proses penukaran melibatkan mengeluarkan enjin pembakaran motosikal dan menggantikannya dengan motor elektrik. Stesen pengecasan atau stesen penukaran bateri juga telah dirancang dibangunkan di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mengecas motosikal elektrik mereka.

Indonesia menganggarkan bahawa ia akan menjimatkan sekitar Rp3 trilion (RM 876 juta) setahun untuk kos bahan api sahaja.

Baca: Yadea masuk pasaran Indonesia tahun ini, Malaysia bakal menyusul?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia