window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu

Faisal · Mar 10, 2023 01:22 PM

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 01

  • Diimport dari Jepun (CBU), harga RM 168,888
  • Ada pelan langganan
  • Dapat keahlian JomCharge ‘Complimentary’ (1 tahun)

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Nissan Leaf facelift 2023 ke pasaran kita. Sama seperti sebelum ini, ia diimport (CBU) dari Jepun dan ditawarkan pada harga RM 168,888. Sebagai perbandingan, model pra-facelift berharga RM 175,800.

Juga bacaNissan Leaf facelift didedahkan - dari RM 169k, jarak gerak 311 km dengan rekaan baharu!

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang baru pada Nissan Leaf kali ini adalah gril depan berwarna hitam yang turut ada logo baru Nissan. Lampu depannya pula diperbaharui dengan sentuhan warna gelap.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 01

Selain itu, bampar depannya direka semula dan beralih ke bahagian belakang, terdapat spoiler baru yang lebih aerodinamik. Satu lagi pembaharuan adalah diffuser belakangnya tidak lagi ada sentuhan warna biru. Melengkapi pembaharuan eksterior pada Nissan Leaf 2023 adalah roda 17 inci yang lebih unik.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 02

Secara amnya, bumbung Nissan Leaf kali ini hadir dengan sentuhan warna Super Black dan terdapat 7 pilihan warna badan yang terdiri daripada Stealth Grey, Opera Mauve, Akatsuki Sunrise Copper, Burgundy, Vivid Blue, Pure White Pearl dan Midnight Black.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 03

Pembaharuan pada bahagian dalam pula didominasi oleh infotainment 8 inci baru yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Pembeli kali ini pula boleh memilih tema kabin berwarna Graphite Black atau Stone Grey.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 04

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 05

Satu ciri baru yang ada pada Nissan Leaf facelift 2023 adalah Intelligent Rear View Mirror. Kiranya, cermin pandang belakangnya menggunakan teknologi kamera.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 06

Dari segi trenkuasa, Nissan Leaf facelift 2023 kekal dengan motor elektrik depan yang berkuasa 150 PS dan 320 Nm tork. Ia disokong oleh bateri 40 kWj. Jarak pandu dalam kitaran NEDC pula boleh pergi sejauh 311 km.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 07

Untuk mengecas, pengecasan AC 6.6 kW kini menggunakan penyambung Type 2 (Type 1 untuk sebelum ini), manakala pengecasan pantas DC masih dengan teknologi CHAdeMO, iaitu pada kapasiti 50 kW.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 08

Berkenaan aspek bantuan keselamatan ADAS pula, Nissan Leaf facelift 2023 diperbaharui dengan ciri Lane Departure Warning, Lane Intervention dan High Beam Assist.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 09

Ciri seperti Intelligent Forward Emergency Braking (AEB), Intelligent Around View Monitor (kamera 360-darjah) dengan Intelligent Moving Object Detection kekal ada seperti sebelum ini.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 10

Menariknya, Nissan Leaf kali ini hadir dengan pelan langganan. Bayaran pendahuluan tidak diperlukan langsung dan pemilik hanya perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM 1,800 untuk kontrak selama 3 tahun (tertakluk pada terma dan syarat).

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 11

Selepas tamat tempoh berkenaan, pemilik boleh memulangkan semula Nissan Leaf itu dan pilih sama ada hendak akhirkan pelan tersebut atau pilih model lain.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 12

Apapun, mereka yang membeli Nissan Leaf 2023 akan menerima keahlian JomCharge ‘complimentary’ selama 12 bulan (bernilai RM 600) untuk menggunakan fasiliti mengecas awam mereka (pengecas AC Type 2 107 unit dan pengecas pantas DC CHAdeMO 30 unit dengan 600 kredit di seluruh negara) beserta pakej tinted Ice Cool Tinting ‘complimentary’ bernilai RM 2,200.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 13

Untuk pelanggan yang memilih pelan langganan, terdapat 50% diskaun untuk tinted tersebut dan subsidi RM 300 untuk keahlian JomCharge.

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 14

Istimewa untuk pemilik Nissan Leaf 2023, dalam 3 tahun pertama, ETCM menawarkan mereka untuk guna beberapa model Nissan lain (X-Trail, Serena dan Navara) buat 23 hari setiap tahun (tertakluk pada terma dan syarat).

Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu 15

Secara amnya, Nissan Leaf 2023 datang dengan waranti 3 tahun / 100,000 km dan jaminan 8 tahun / 160,000 km untuk bateri ion-litium, yang mana sampai dulu.

Juga bacaRebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Leaf

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia