window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV-R, kereta elektrik Rakyat akan lancar 2 EV CKD China di Malaysia - jarak pandu 200 km, harga Myvi!

Faisal ยท Mar 14, 2023 12:00 PM

EV-R, kereta elektrik Rakyat akan lancar 2 EV CKD China di Malaysia - jarak pandu 200 km, harga Myvi! 01

Gambar hiasan.

Buat masa sekarang, terdapat hampir 20 model kereta elektrik (EV) dalam pasaran Malaysia. Paling laku adalah BMW iX yang dijual pada harga RM 403.8k. EV paling murah pula adalah Ora Good Cat yang berharga RM 139,800 (48 kWj, jarak pandu 400 km dalam kitaran NEDC).

Namun begitu, kedua-dua harga ini masih bukan di tahap mampu milik. Disebabkan inilah kereta elektrik dianggap sebagai mainan orang kaya.

Apapun, berdasarkan sebuah dokumen yang kami jumpa, satu syarikat Malaysia yang dikenal sebagai EVR (M) Sdn Bhd telah memperolehi hak untuk memasang (CKD) dan mengedar dua EV mini buatan China di Malaysia. Menariknya, mereka juga boleh mengeksport ke pasaran-pasaran Asia Tenggara.

EV-R, kereta elektrik Rakyat akan lancar 2 EV CKD China di Malaysia - jarak pandu 200 km, harga Myvi! 02

Gambar hiasan.

Dua model ini akan memakai jenama EV-R, singkatan kepada EV-Rakyat. Sekarang ini, syarikat itu sedang berbincang dengan dua kontrak pemasang bagi menawarkan EV tersebut secara CKD.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, kedua-dua EV akan menggunakan teknologi bateri terkini iaitu LifePO (LFP).

Model yang murah akan hadir dengan bateri berkapasiti 17.7 kWj dan mempunyai jarak pandu 200 km (kaedah ujian belum didedahkan).

Dari segi dimensi, EV ini berukuran 2,950 mm panjang, 1,580 mm lebar dan 1,650 mm tinggi. Jarak rodanya pula pada 1,960 mm dan ini bermakna saiznya lebih kecil daripada Axia.

EV-R, kereta elektrik Rakyat akan lancar 2 EV CKD China di Malaysia - jarak pandu 200 km, harga Myvi! 01

Secara amnya, kenderaan ini disasarkan sebagai pengangkutan mudah yang menjimatkan. Mengecas 6 โ€“ 8 jam setiap malam pun sudah cukup untuk anda guna pada esok harinya.

Bercakap mengenai guna, model yang satu lagi dikuasakan oleh bateri lebih kecil pada 17.28 kWj tetapi jarak pandunya boleh pergi sampai 240 โ€“ 260 km. Macam pelik kan? Tetapi sebabnya adalah kerana model itu datang sekali dengan panel solar 300W pada bahagian bumbungnya. Kiranya, sesuai sangatlah untuk anda parkir di luar bangunan. Lagipun, fi tempat parkir di luar lebih murah.

Mengenai model ini, satu cas penuh akan memakan masa 4 -5 jam.

Menariknya, saiz model ini lebih besar daripada varian bawah tetapi masih lebih kompak daripada Axia.

Buat masa sekarang, socket mengecas buat kedua-dua model belum lagi disahkan tetapi memandangkan harganya akan mesra rakyat, pengecas pantas DC mungkin tidak disokong.

Kalau anda nak tahu, EV-R berancang untuk menjual kereta elektrik mampu milik ini di pusat membeli-belah, bukannya pusat 3S konvensional.

Secara keseluruhan, EV-R model asas akan berharga bawah RM 50,000, manakala model yang satu lagi akan berharga bawah RM 70,000.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia