window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan

Mersita · Mar 20, 2023 11:00 AM

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan 01

Ianya bukan ramalan lagi, Honda Malaysia telah mengesahkan pelancaran Honda WR-V pada suku ketiga tahun ini. SUV segmen A yang buat julung kalinya diperkenalkan Honda Malaysia ini akan diposisikan di bawah model segmen B iaitu Honda HR-V.

Tapi, jangan harap pula WR-V segmen A ini dijual pada harga lebih rendah berbanding Honda City segmen B. Sudah ada contoh jelas bagi situasi ini; Perodua Ativa segmen A dijual pada harga bermula dari RM 62,500 dan ianya lebih mahal daripada Perodua Myvi segmen B yang berharga RM 46,500.

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV – tanpa mengira segmennya – selalunya berharga lebih mahal berbanding sedan atau hatchback setaraf dengannya.

Ya, memang tak dapat disangkal bahawa Honda WR-V di pasaran Indonesiam lebih murah daripada Honda City. Akan tetapi, perkara ini disebabkan oleh isu-isu dengan struktur percukaian Indonesia yang dahulunya mengenakan cukai lebih tinggi pada sedan dan hatchback berkapasiti enjin melebihi 1.2 liter, namun kini sudah dikemaskini dengan cukai berdasarkan pelepasan gas karbon dioksida.

Di pasaran lain pula, SUV sememangnya dijual lebih mahal berbanding sedan, walau di Thailand.

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan 01

“Dirancang untuk pelancaran pada suku ketiga 2023, kami percaya model ini pastinya akan mengagumkan pasaran,” kata En. Sarly Adle Sarkum, Presiden dan COO Honda Malaysia, dalam satu acara media pada Jumaat.

Sebagai info, Honda WR-V dikuasakan dengan enjin 1.5 liter ‘naturally aspirated’ i-VTEC dengan 4 silinder yang menjana 121 PS/145 Nm – dipadankan dengan kotak gear automatik CVT yang memacu roda hadapan.

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan 02

Bagi aspek keselamatannya pula, ia dijangka menyerupai Honda City. Ini bermaksud Honda Sensing akan didatangkan di dalam varian tertinggi.

Honda Malaysia belum lagi memberi sebarang indikasi berkaitan harga Honda WR-V di Malaysia, namun kita boleh teka anggaran harganya.

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan 03

Honda City dijual pada harga bermula dari RM 77,600 hingga RM 94,600, manakala varian e:HEV RS berharga dari RM 108,800. Honda HR-V pula ditanda-harga bermula dari RM 114,800.

Jika ditolak ke tepi varian City hybrid, kita dapat lihat jurang harga kira-kira RM 20,000 antara varian ‘mainstream’ Honda City dan Honda HR-V. Tak mustahil harga WR-V akan berada dalam lingkungan jurang ini.

Honda WR-V didebut secara global di Indonesia pada November 2022. Ia mula dieksport ke Thailand bermula Februari 2023, sebelum dilancarkan di sana pada minggu lalu iaitu 10 Mac.

SAH: Honda WR-V untuk Malaysia, pelancaran Q3 2023 - SUV kompak yang dinanti-nantikan 04

WR-V kini mendominasi pasaran SUV segmen A di Indonesia; mencantas kembar Perodua Ativa iaitu Daihatsu Rocky/Toyota Raize, untuk menawan bahagian pasaran yang besar sehingga 40 peratus.

Sama seperti banyak model-model Honda yang lain, Honda WR-V pasaran Malaysia besar kemungkinannya akan dipasang domestik (CKD) di kilang Honda di Pegoh, Melaka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda