window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand?

Haris · Oct 2, 2020 04:00 PM

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 01

Tan Chong Motor Holdings Bhd sedang berbincang dengan PT SGMW Motor Indonesia dalam usaha untuk memperkenalkan jenama Wuling Motors Indonesia di Malaysia dan Thailand. Tan Chong Motors yang lebih dikenali sebagai pengedar rasmi Nissan di Malaysia sedang bercadang untuk meluaskan perniagaan mereka selepas hilang hak pengedaran di Vietnam.

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, rakan niaga yang disebut-sebut (PT SGMW) adalah anak syarikat milik penuh SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd yang memegang hak pengedar jenama Wuling di Indonesia.

Lebih baik lagi, PT SGMW mempunyai kilang di Pusat Perindustrian Antarabangsa Greenland, Cikarang Indonesia. Kilang tersebut berupaya untuk menghasilkan kenderaan sepenuhnya dari pengeluaran enjin hinggalah transmisi dan pemasangan badan kenderaan.

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 01

Tan Chong dalam sebuah kenyataan menyebut “Jika projek ini berjaya, ia mampu menguatkan pegangan Tan Chong Motor Holding di rantau ini,” Selain daripada Malaysia, Tan Chong turut mempunyai anak syarikat di Vietnam dan Thailand.

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 02

Wuling merupakan sebuah jenama automotif China yang sudah bertapak di Indonesia pada tahun 2017. Dalam jangkamasa tersebut, Wuling telah berjaya mendapat tempat antara 10 jenama kereta pilihan di Indonesia. 

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 03

Barisan produk Wuling terdiri daripada SUV dan MPV 7 tempat duduk yang sesuai dengan citarasa pembeli di Indonesia. Selain itu, Wuling turut hadir dengan barisan produk kenderaan komersial seperti van mini.

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 04

Kejayaan Wuling dipacu oleh Wuling Almaz, pesaing terdekat Proton X70 jika di sini. Wuling Almaz tidak mempunyai kelengkapan yang setaraf dengan Proton X70 tetapi ditawarkan dalam 7 tempat duduk selain pilihan 5 tempat duduk standard.

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 05

Enjin dipacu oleh enjin 4 silinder 1.5 liter berkuasa turbo yang menghasilkan 140 hp kuasa kuda dan 250 Nm tork dengan transmisi automatik jenis CVT yang memacu roda hadapan. Dilengkapi dengan skrin sesentuh 10.4 inci, sistem audio Infinity 9-speaker dilengkapi dengan arahan suara. Sama seperti Hi Proton, Almaz mempunyai kawalan suara 'Helo Wuling' yang turut didatangkan dalam Bahasa Indonesia.

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand? 06

Selain itu, terdapat Wuling Cortez iaitu pesaing Toyota Innova dan Wuling Confero yang bersaing dengan Toyota Avanza.

Persaingan yang semakin sengit dalam industri automotif Malaysia ini turut dirasai di seluruh negara. Nampaknya, jenama-jenama kereta dari China adalah norma baharu?

Sumber: The Edge Markets

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda