window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k!

Khairil · Mar 23, 2023 02:00 PM

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 01

Tatkala kita di Malaysia masih menantikan Ninja ZX-25R, pasaran jiran Thailand meraih kegembiraan baharu menerusi pelancaran model paling 'muda' dalam keluarga Ninja, Kawasaki Ninja ZX-4R (2023).

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 02

Sumber imej: Kawasaki Motors Thailand

Sedikit info mengenai 'adik' kepada Kawasaki Ninja ZX-25R ini, ia memang cukup baharu malah kemunculan secara globalnya adalah pada bulan lalu di Amerika Syarikat.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan tak mahu menunggu lama, ia akhirnya tiba di Thailand dan dilancarkan sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-44 yang sedang berlangsung.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 01

Lime Green/Ebony

Dua varian, Standard dan Special Edition diperkenalkan di Thailand bersama dua harga berbeza iaitu:

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) Standard

  • Harga: 320,000 baht (RM 41,535)
  • WarnaMetallic Spark Black

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 02

Metallic Spark Black

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) SE

  • Harga:  360,000 baht (RM 46,731)
  • WarnaLime Green/Ebony

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 03

Sumber imej: Kawasaki Motors Thailand

Sebagai motosikal instimewa, casis untuk Kawasaki Ninja ZX-4R menurut Kawasaki direka daripada input yang diambil daripada program lumba Kawasaki Racing Team (KRT) yang beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK). Justeru, ia memang berkemampuan untuk dibawa melayan litar lumba.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 04

Mengulas trenkuasa, Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) dipadankan dengan enjin 399 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 05

Sistem transmisi yang digunakan adalah 6 kelajuan lengkap dengan klac 'cable-actuated slip/assist' dan 'Quickshifter' (SE).

Tanpa teknologi 'Ram Air', motosikal ini menghasilkan kuasa 76.4 Hp namun menggunakan sistem berkenaan, ia menghamburkan 79.1 Hp pada 15,000 rpm dan tork 35.25 NM pada 11,000 rpm.

 

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 06

Seperti jentera berteknologi Kawasaki yang lain, Kawasaki Ninja ZX-4R yang menggunakan teknologi 'throttle-by-wire' turut dipadatkan dengan pelbagai ciri elektronik canggih seperti mod tunggangan, mod kuasa dan Kawalan Traksi dengan ciri tetapan.

Untuk mod tunggangan, motosikal ini memiliki 4 mod (Sport, Road, Rain dan Rider) manakala mod kuasa (2), 'Low' dan 'Full' serta Kawalan Traksi (1-3 atau dipadamkan).

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 07

Kesemua tetapan ini boleh diakses menerusi panel meter TFT berwarna bersaiz 4.3 inci yang turut memiliki mod 'Circuit' jika beraksi di atas litar serta lengkap dengan sambungan telefon bimbit menerusi aplikasi 'Kawasaki Rideology'.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 08

Di bahagian suspensi, motosikal ini menggunakan fork jenis terbalik (USD) 37 mm Showa SFF-BP (Separate Function Fork – Big Piston) dengan ciri peralasan (preload), (SE datang dengan suspensi depan semi-aktif) manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal 'horizontal back-link Showa BFRC Lite' boleh laras penuh.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 09

Sistem brek menggunakan cakera berkembar bersaiz 290 mm dengan kaliper 4 piston (depan) dan cakera tunggal 220 mm 1 piston (belakang).

Informasi penting lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api 15 liter, ketinggian pelana 800 mm, jarak lega bumi 135 mm, sistem lampu LED penuh dan set roda 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang) dengan rim aloi ringan lima jejari.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 10

Mengikut maklumat, pihak Kawasaki Malaysia masih belum mempunyai perancangan untuk membawa Kawasaki Ninja ZX-4R ke pasaran tempatan ketika ini.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k! 11

Setidak-tidaknya dalam tempoh terdekat. Jadi kepada yang teringin anda perlu banyak bersabar.

Juga baca: Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda