window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya

Mersita · Oct 4, 2020 01:53 PM

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya 01

Siapa tak suka kereta bersih? Perasaan puas dari melihat kereta dan rim berkilat pasti membuatkan si pemilik bangga apabila meluncur di jalanraya, walaupun bawa kereta yang biasa-biasa saja. Siapa saja yang masuk ke dalam kereta yang bersih dan wangi pun pasti rasa selesa, perasaan dia macam baru keluar dari bilik pameran.

Tapi, bila sampai masa nak bersihkan luar dan dalam kereta, ada yang masih tak puas hati – mula la tertanya, “kalau aku cuci enjin apa jadi?”. Persoalannya sekarang ialah samada perlu atau tidak? Orang bukan nampak pun ruang enjin. Tapi, pemilik mungkin rasa tak puas tengok penutup enjin berhabuk dan sebagainya.

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya 02

Jom kami jawabkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

S: Perlukah anda cuci enjin?

J: Ia hanyalah sekadar untuk kosmetik atau nampak cantik sahaja. Mencuci enjin tidak akan meningkatkat prestasi atau memanjangkan jangka hayat enjin anda – melainkan ada daun-daun kering atau apa sahaja yang menyekat radiator atau ‘intake’ enjin anda. Ia samada boleh dikeluarkan dengan mudah atau ia akan ditemui apabila kereta dihantar untuk servis.

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya 01

Kalau nak bersihkan sebab nak nampak cantik, boleh. Cuma beringat, jangan cuci enjin sesuka hati. Cara paling selamat untuk mencuci enjin ialah dengan menggunakan kain basah/lembap.

Ingat! Sentiasa lap atau bersihkan ruang enjin anda dengan enjin yang telah sejuk.

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya 02

Kotor sikit saja tak apa. Gambar: ​​​​​4x4earth.com

S: Apakah kebaikan cuci atau bersihkan enjin?

J: Jika anda biasakan tabiat buka ‘hood’ untuk mengeluarkan daun kering, mengelap habuk dan sambil-sambil itu membuat pemeriksaan kerap, anda boleh mengesan masalah-masalah kecil sedari awal lagi sebelum masalah tersebut jadi lebih serius.

Masalah-masalah kecil ini termasuklah kebocoran cecair/minyak enjin atau ‘belt’ yang dah haus. Tak rugi - rajin-rajinlah buka hood, mana tahu ternampak sesuatu.

S: Bolehkah ruang enjin dimasuki air?

J: Kebanyakan kereta-kereta moden mempunyai penebat wayar yang bagus. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa bahagian yang terdedah dan berisiko untuk rosak apabila dimasuki air.

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya 03

Pastikan anda tidak mendedahkan bahagian-bahagian di bawah dengan air:

  • ‘Alternator’
  • ‘Distributor’
  • Penapis udara/penapis ruang pengambilan (‘Air filter/air intake’)
  • Kotak fius
  • Elektronik-elektronik lain yang terdedah.

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya 04

S: Bolehkah enjin disimbah air atau disiram dengan hos bertekanan tinggi?

Perlukah anda cuci enjin kereta? Ini cara yang sebetulnya 05

J: Jawapan paling ‘simple’ dan selamat ialah TIDAK.

Kami tak sarankan anda untuk gunakan kaedah ini kerana cara membersihkan kotoran minyak atau cecair di sekitar enjin adalah lebih efektik dan selamat dengan menggunakan kain fiber-mikro dengan cecair pembersih. Penggunaan hos bertekanan tinggi akan menyebabkan air masuk ke bahagian-bahagian dan ruang yang tidak diingini.

Enjin bersih mana sekalipun, kalau bahagian elektronik kereta dah rosak enjin tak boleh start.

Anda boleh bersihkan enjin sebersih-bersihnya tanpa menggunakan hos air bertekanan tinggi.

Lihat video di bawah untuk lihat cara ia dilakukan:

Kesimpulan

Sentiasa memastikan ruang enjin bersih bukanlah sesuatu yang penting tapi ia adalah tabiat yang bagus. Kalau anda nak juga bersihkan ruang enjin kereta anda, pastikan anda lakukannya dengan cara yang betul dan berhati-hati. Kami akan bincangkannya dengan lebih mendalam lagi pada entri seterusnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda