window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

Mersita Β· Oct 5, 2020 01:30 PM

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 01

Jika difikirkan, pasaran MPV di Malaysia agak unik. Pasaran MPV, dan juga pasaran SUV 7 tempat duduk bajet yang bukan jenama tempatan agak perlahan kayuhannya di sini. Contohnya, Toyota Sienta yang telah dihentikan dan Honda BR-V.

Ya, kami tahu jawapan ringkas anda ialah “Exora saja paling murah, memanglah orang beli.” Selain daripada harganya, rahsia kejayaan Proton Exora bukanlah setakat ini sahaja.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semenjak beberapa tahun ini, pilihan yang ada untuk kenderaan 7 tempat duduk yang praktikal berharga bawah RM 100,000 semakin lama semakin berkurangan. Walaupun kita ada Toyota Avanza, Rush, dan Perodua Aruz, jualannya agak perlahan. Tambahan pula, kebanyakan SUV 7 tempat duduk ini mempunyai barisan ketiga yang terlalu sempit bagi penumpang dewasa.

Bagi pasaran pembuat kereta domestik pula, jualan semenjak 11 tahun lepas masih lagi agak mantap. Percaya atau tidak, Proton Exora dan Perodua Alza masih kekal menjadi pilihan ramai pembeli di sini.

Walaupun ramai yang suka bergaduh tentang kualiti model-model Proton yang lama, Exora mencatatkan pertumbuhan sebanyak 40% dalam tahun 2019. Exora mampu bertahan di pasaran selama ini, melangkaui jangka hayat Proton Ertiga.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 01

Walaupun banyak rebiu Exora tidak begitu mengagumkan, kekuatan terbesar Exora sememangnya harganya. Bagi sebuah MPV berharga sekitar RM 60,000, anda takkan jumpa MPV yang mempunyai saiz dan praktikaliti seperti Exora di dalam pasaran kita. Walaupun ia cuma ada beg udara hadapan dan kawalan penstabilan teknologi lama yang dilabel ‘premium’, ia masih ada pembeli.

Dalam hemat penulis, tak ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk dapatkan MPV yang lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan moden, asalkan kereta itu boleh bawa keluarga kesana kesini. Lagipun, golongan berpendapatan rendah selalunya keluarganya besar dan mereka pentingkan praktikaliti lebih dari segalanya. Inilah kenyataan golongan B40 dan juga M40 zaman kini.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 02

Selain dari harganya, ada satu lagi perincian penting yang ada pada Exora tapi tiada pada pesaingnya – pengecas turbo. Sekarang kita dah tiba ke “Wawasan 2020”, tapi hanya Proton yang ada MPV berpengecas turbo dengan harga bawah RM 100,000.

Kekuatan ini bukanlah “Lotus ride-and-handling” mahupun prestasi. Kata kuncinya disini ialah “tork”, atau lebih spesifik lagi, “tork yang mudah dicapai.” Bila dengar pasal tork, semua ingat nak laju saja, kan? Ini merungkai lagi rahsia kejayaan Exora yang sememangnya ‘kena’ dengan gaya pemanduan rakyat Malaysia, bukan saja kena pada harganya.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 03

Jika dilihat pada kategori bawah RM 100,000, anda tidak akan jumpa kereta 7 tempat duduk lain yang boleh menyaingi tork 205 Nm Exora – walaupun enjin CFE-nya menyampaikan tork ini agak lambat dimana tork puncak dicapai pada 2000 rpm.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 04

Dalam prestasi dunia sebenar, enjin 1.6 liter berpengecas turbo ini hanya boleh mencapai masa pecutan 0 – 100 km/jam selama 11 saat. Memang tak nampak hebat, tapi kena sedar yang MPV keluarga bukannya untuk dibuat ‘racing’. Tork ini hanya perlu memberikan pemandu rasa mudah membuat pecutan tanpa rasa berat, atau selalu disebut-sebut sebagai ‘pick-up’.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 05

Setiap kenderaan 7 tempat duduk yang dijual direka untuk memberi tork yang mencukupi untuk menggerakkan badan kereta dan muatannya – asalkan anda berada pada gear yang betul. Tolakan tork penting kerana orang Malaysia jenisnya tak gemar tukar-tukar gear.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 06

Pemandu kita juga bukanlah pemandu yang paling sabar di dunia. Kita tak gemar menunggu enjin mencecah 4000 rpm untuk sampai ‘pick-up’ dan dapat pecutan mantap. Kita juga tak mahukan deruman enjin ‘inline-4’ bajet menyeringai ketika mendaki bukit di Cameron Highlands.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 07

Apa yang kita mahukan ialah perasaan “tekan sikit, terus go” di dalam kereta kita. Penyampaian tanpa-usaha / ‘effortless delivery’ adalah lebih penting bagi kebanyakan orang Malaysia berbanding kuasa kuda atau masa pecutan 0 – 100 km/jam.

Tak kisahlah jika ia tidak begitu laju, asalkan ia “terasa” cukup berkuasa untuk dipacu pada mana-mana ‘rev’ pun dah puas hati.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 08

OK, sekarang kita dah tahu rahsia kejayaan Exora sebagai MPV bawah RM 100 ribu yang ideal, tapi kenapa pembuat kereta lain tak hasilkan kereta yang sama? Jawapan mudahnya ialah Malaysia bukanlah pasaran MPV yang penting.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 09

Kebanyakan model MPV bawah RM 100 ribu dihasilkan untuk menepati citarasa pemilik di negara jiran kita iaitu pasaran Indonesia dimana MPV memang laku keras. Secara asasnya, MPV-MPV ini dihasilkan untuk pasaran yang mempunyai purata pendapatan lebih rendah berbanding rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, MPV ini dihasilkan dengan sasaran objektif seperti ‘berbaloi dengan harga rendah’ dan ‘jimat minyak’.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 10

Anda dah boleh teka kenderaan kegemaran rakyat Indonesia dengan hanya melihat lot parkir mereka

Walaupun kereta bajet seperti Nissan Almera semakin berjinak-jinak dengan pengecas turbo, realitinya adalah enjin berpengecas turbo lebih mahal untuk dibangunkan dan dikilangkan berbanding enjin NA. Ini disebabkan oleh semua komponen-komponen ekstra seperti pengecas turbo itu sendiri dan sistem penyejuknya, ditambah lagi dengan penalaan yang wajib ada untuk memastikan kepanjangan jangka hayatnya.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 11

Tambahan pula, enjin kecil berpengecas turbo tidak begitu cekap minyak dalam penggunaan dunia sebenar, terutama sekali apabila dipasang pada kenderaan besar. Dalam rebiu Exora Premium yang kami jalankan baru-baru ini, angka penggunaan bahan api yang kami dapat hanyalah 11.9 liter/100 km pada hujung minggu.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 12

Dua perkara ini membuatkan penggunaan enjin berpengecas turbo tidak relevan bagi pasaran seperti Indonesia. Bayangkan jika anda seorang perancang produk yang disuruh merancang model MPV seterusnya. Jika anda dah tahu pasaran itu berkemampuan rendah, mana satu anda nak bagi – MPV turbo atau MPV dengan sistem infotainmen besar dan kerusi berlapik kulit?

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 13

Bagi rakyat Indonesia khususnya, MPV turbo tidak begitu penting bagi negara yang mempunyai rangkaian jalan yang kurang membangun. Ramai yang mahukan pemanduan menyeronokkan dengan sistem infotainmen yang padu dan tempat duduk selesa.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 14

Apa-apa pun, Proton Exora sememangnya produk yang unik dan padan dengan permintaan pasaran Malaysia yang sama unik. Pilihan yang tak banyak agak menyedihkan, tapi yang penting Exora boleh memuatkan penumpang ramai dan harganya murah.

MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun? 15

Yang untungnya bagi kita, jikalaulah Exora dihentikan nanti, Geely ada calon MPV baru yang sesuai dipanggil ‘Jia Ji’ dengan rangkaian enjin turbo yang lengkap. Ia barangkali tidak semurah Exora, tapi sekurang-kurangnya ia ada perincian yang dimahui rakyat Malaysia.

 

Bagilah kami sebut nama MPV panas yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia - Mitsubishi Xpander nama diberi. Tunggulah kejap lagi Mitsubishi Xpander dah keluar, adakah orang akan lupa pada kemegahan Vellfire?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda