window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik?

Haris · Oct 13, 2020 08:00 PM

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 01

Nissan Almera

2020 Nissan Almera Turbo telah dilancarkan pada 4 September 2020 yang lalu. Didatangkan dengan enjin Turbo, 2020 Nissan Almera Turbo merupakan sebuah anjakan yang sangat baik berbanding Nissan Almera generasi sebelum ini.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 02

Generasi pertama Nissan Almera dilancarkan pada tahun 2012, ditawarkan dalam 3 varian iaitu Nissan Almera E (manual), 2012 Nissan Almera E (Auto), Nissan Almera V dan Nissan Almera VL varian tertinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 01

Enjin 4 silinder 1.5 liter HR15DE yang dibangunkan oleh Nissan mencatatkan 102 PS kuasa kuda dan 139 Nm tork. Dakwaan penggunaan minyak adalah pada 14.9 km / liter namun penggunaan dunia nyata jauh lebih baik. Sebagai perbandingan, 2020 Nissan Almera Turbo mencatatkan sehingga 18.4 km / liter.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 02

Kelengkapan yang ditawarkan secara standard untuk 2012 Nissan Almera adalah stereng kuasa elektrik, brek ABS dengan EBD dan Brake Assist. Selain itu, ruang ‘lagenda’ pada Nissan Almera adalah pada ruangan kaki sebesar 636 mm dengan ruang but berkapasiti 490 liter.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 03

Generasi Nissan Almera yang seterusnya hadir pada tahun 2015 yang turut menggunakan enjin yang sama namun dengan sedikit kemaskini. 2015 Nissan Almera masih mengekalkan 4 varian yang sama masih dikekalkan.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 04

Sebelum 2020 Nissan Almera Turbo, generasi Nissan Almera paling terkini adalah pada tahun 2018. Nissan Almera kekal menggunakan enjin yang sama tetapi hanya 2 varian sahaja yang ditawarkan iaitu Nissan Almera E dan Nissan Almera VL.

Masalah (Nissan Almera 2012 dan 2015)

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 05

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli Nissan Almera terpakai, antara masalah yang sering dialami oleh pemilik adalah pada penyaman udara (kipas radiator), alat ganti enjin (engine mounting, ignition coil) dan bearing tayar. Tiada masalah kotak gear kerana Nissan Almera tidak menggunakan transmisi CVT tetapi menggunakan transmisi 4AT dan manual 5 kelajuan.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 06

Selain itu, masalah utama yang sering dibangkitkan adalah masalah ketiadaan alat ganti tetapi masalah ini nampak sudah beransur disebabkan peningkatan teknologi yang membantu mengurangkan blok rantaian bekalan.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 07

Kredit gambar: Almera Motorsports Member

Secara keseluruhan, generasi Nissan Almera masih relevan untuk dibeli secara terpakai selagi pembeli mampu melayan kerenah kereta seperti yang dijelaskan tadi. Adakah di antara pembaca pernah mempunyai masalah major dalam penyelenggaraan Nissan Almera? Sila nyatakan di bahagian komen.

Tinjauan pasaran terpakai

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 08

Kredit: Zerotohundred

Tinjauan mendapati generasi pertama 2012 Nissan Almera mudah didapati manakala model generasi kedua iaitu 2015 Nissan Almera dan ke atas lebih kurang didapati dalam pasaran terpakai.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 09

Harga 2012 Nissan Almera terpakai boleh didapati sekitar RM 20,000, dalam masa 7 hingga 8 tahun dari harga yang dibeli baru sekitar RM 70,000. Penurunan harga sebanyak 8.9% setahun.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 10

Harga 2015 Nissan Almera terpakai pula boleh didapati sekitar RM 30,000 dalam masa 5 tahun dari harga yang dibeli baru sekitar RM 75,000. Penurunan harga sebanyak 12% setahun.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 11

Harga 2018 Nissan Almera terpakai boleh didapati sekitar RM 35,000 dalam masa 3 tahun dari harga yang dibeli baru sekitar RM 65,000 - RM 75,000. Penurunan harga sebanyak 16% setahun.

Semak jadual di bawah untuk lebih memudahkan

Generasi Model Harga Baru Harga Terpakai Purata Penurunan Harga Tahunan
2012 ~ RM 70,000 ~ RM 20,000 8.9%
2015 ~ RM 75,000 ~ RM 30,000 12%
2018 RM 65,000 - RM 75,000 ~ RM 35,000 16%

Kesimpulan

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 12

Nissan Almera terkenal dengan ruangan yang besar dan luas berbanding aspek-aspek mekanikal yang ada pada sedan ini. Ruang yang luas ini memberi kemudahan kepada beberapa golongan yang memerlukan, seperti rebiu pemilik 2013 Nissan Almera varian VL yang mesra OKU.  

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 13

Bukan itu sahaja, generasi Nissan Almera pertama telah membentuk persepsi terhadap Nissan Almera generasi seterusnya lalu mengurangkan harga jualan secara terpakai dengan sedikit mendadak. Adakah ini memberikan sedikit kelebihan kepada pembeli kereta terpakai?

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 14

Mengenakan enjin dan transmisi yang sama selama 8 tahun, varian terbaik Nissan Almera adalah generasi terbaru iaitu 2018 Nissan Almera. Antara kekurangan Nissan Almera (sebelum 2020 Nissan Almera Turbo) adalah kekurangan Kawalan Kestabilan (VSC), 1 beg udara pada varian E dan tempat duduk belakang yang tidak boleh direbahkan.

Panduan membeli Nissan Almera secara terpakai. Generasi mana yang masih baik? 15

Harus diingatkan bahawa ini adalah panduan sahaja. Pembeli cenderung memilih nilai berbanding rekaan dan sebagainya. Dalam pergelutan ekonomi ketika ini, penjualan kereta terpakai sangat memberansangkan. Jika anda sedang mempertimbangkan sebuah sedan segmen B, 2018 Nissan Almera masih elok walaupun bukanlah yang terbaik. Cari varian paling tinggi kerana varian tertinggi Nissan Almera secara umumnya agak berbaloi. Selain itu, baca artikel kami mengenai tips membeli kereta terpakai.

Nissan Almera gallery

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda