Minggu lepas, kita melihat pengekalan harga untuk minyak RON 95, RON 97, dan diesel dari minggu sebelumnya. Bermula 12.01 am tengah malam ini, harga minyak turun 3 sen untuk RON 95 dan RON 97 dan turun 6 sen untuk minyak diesel.
Oleh itu, harga minyak untuk minggu seterusnya iaitu 7 hingga 13 November 2020 adalah seperti berikut:
- RON 95 – RM 1.61/liter (-RM 0.03)
- RON 97 – RM 1.91/liter (-RM 0.03)
- Diesel Euro 2M – RM 1.68 (-RM 0.06)
- Diesel Euro 5 – RM 1.78 (-RM 0.06)
Ikuti WapCar – BM di Facebook untuk kemaskini pantas setiap minggu dan banyak lagi artikel menarik bagi pemandu di Malaysia!
Komen